Tuesday, November 30, 2010

Dirham Kelantan di Ekspo Cheng Ho - Kota Bharu

           
         Syukur ke hadrat Ilahhi kerana sepanjang 6 hari kami menyertai ekspo Cheng Ho yang bertempat di pekarangan Stadium Sultan Muhamad ke IV Kota Bharu , sambutan yang diberikan terhadap jualan Dirham Kelantan sangat menggalakkan baik daripada  penduduk negeri Kelantan sendiri mahupun daripada pelancong-pelancong luar. Tempoh 21 November hingga 26 November memberi impak yang baik terhadap pembeli mahupun pengguna Dirham Kelantan di Kelantan. Cuma kami agak ralat sedikit kerana Dinar Kelantan tidak dapat dijual pada hari berkenaan kerana masalah teknikal yang menyebabkan dinar tidak dapat dibawa balik dari Dubai serentak dengan Dirham. Walau bagaimanapun ada hikmah di sebaliknya. Kalau dinar dan dirham dapat dijual pada hari yang sama , sudah tentu kami tidak termampu melayan pelanggan yang bertali arus dari pagi hingga malam.Justeru ,kelewatan dinar sampai ( hingga hari ini kami masih menanti )kami terima dengan positif.
       Kepada pelanggan-pelanggan kami yang telah membuat tempahan sama ada untuk menjadi pengedar mahupun untuk simpanan sendiri , kami minta agar terus bersabar.Kelewatan ini di luar kawalan kami. Pinta kami agar anda semua terus memberi sokongan terhadap usaha kerajaan negeri Kelantan untuk menghidupkan kembali sunah nabi dalam sistem muamalat kita melalui penggunaan dinar dan dirham.Insyaalah.Bagi pelanggan-pelanggan yang berminat untuk menambah koleksi dirham dan ingin menempah serta menjadi pengedar dinar dan dirham Kelantan, anda boleh menghubungi saya melalui talian 019-3258257 atau menghubungi Group Emas Kota Bharu yang lain.









        

MIA: Ringgit dijangka cecah RM2.20 berbanding dolar

Ringgit dijangka mencecah RM2.20 berbanding dolar Amerika menjelang 2012, berikutan pengukuhan berterusan mata wang tempatan itu, kata Presiden Persatuan Pelabur Malaysia (MIA), Datuk Dr PHS Lim.

"Ringgit, serta mata wang Asia yang lain, semakin menarik dan laris disebabkan oleh masalah kewangan selanjutnya dalam kesatuan Eropah dan memomentum ekonomi AS yang semakin perlahan," katanya di Kuala Lumpur hari ini.

forex currency exchange money market 141008 03Lim berkata keluaran dalam negara kasar Asia dijangka mencecah 7.1 peratus berbanding purata global iaitu 4.8 peratus bagi 2011.

Beliau berkata Rizab Persekutuan AS sedang menyerap bil Perbendaharaan bernilai AS$600 bilion dan pada masa yang sama, mencetak lebih banyak wang kertas baru.

"Ini menyebabkan beberapa kerajaan menyarankan emas digunakan sebagai rizab, sekali gus menyebabkan harga emas melonjak ke paras tertinggi dalam sejarah pada AS$1,364 bagi seauns," katanya.

Lim berkata, kerajaan AS terus memberikan tekanan kepada China untuk memperkukuh renminbi agar barangan China kurang berdaya saing.

Bagaimanapun, kata Lim, mata wang bukan satu-satunya faktor dalam pengeluaran dan perkhidmatan.

"Upah AS terlalu tinggi dan merupakan 60 peratus daripada keseluruhan kos pengeluaran dan perkhidmatan," katanya sambil menambah bahawa perang perdagangan dan mata wang saling berkait.

forex currency exchange money market 141008 02"Kita telah melihat perang perdagangan AS-Jepun dalam tahun-tahun 80-an dan sejarah sentiasa berulang. Sesetengah negara mencadangkan agar mata wang Amerika digantikan sebagai mata wang dan rizab antarabangsa," katanya.

Malah, banyak bank pusat meletakkan rizab di bawah nilai mata wang lain dan emas, katanya.

Beliau berkata pengurus dana, pelabur antarabangsa terus membeli emas dan wang panas memburu aset Asian dan Brazil, Russia, India dan China, hingga mencetuskan kebimbangan tentang inflasi.

Lim berkata, EU menghadapi satu lagi pusingan krisis kewangan dan memerlukan 440 bilion (1 Euro=RM4.14) bagi langkah-langkah menyelamat anggota-anggotanya yang dibelenggu hutang.

EU dan tabung Kewangan Antarabangsa telah menubuhkan dana bernilai 750 bilion untuk membantu Greece pada Mei, katanya.

"Kini Sepanyol menghadapi kemungkinan berlakunya krisis kewangan. Beberapa negara anggota tidak begitu gembira untuk menyediakan dana tambahan bagi kestabilan kewangan Eropah.

"Keadaan ini mungkin mendorong mata wang dan harga emas di Asia meningkat lagi," katanya.

Sunday, November 21, 2010

Soal Jawab Lazim Untuk Dinar & Dirham Kelantan

Apakah itu Dinar Kelantan?
Dinar Kelantan adalah koin emas syariah yang dilancarkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Dinar Kelantan mula diperkenalkan pada September 2006 dengan dominasi  ¼, ½ dan 1 dinar.Nilai semasa untuk dominasi-dominasi tersebut ialah RM99.38, RM176.76 dan RM332.25. Sempena menyambut ulang tahun hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan yang ke-57; dinar Kelantan berdenominasi 2 dinar telah diperkenalkan pada Julai 2007.

Pada 12Ogos 2010, Kerajaan Negeri Kelantan melancarkan koin-koin Dinar Kelantan dengancorak yang baru dalam dominasi   ½ , 1, 2, 5 dan 8 dinar dengan harga semasa RM290.50, RM581, RM1162, RM2905 dan RM4648 masing-masing.

Apakah itu Dirham Kelantan?
Dirham Kelantan ialah koin perak syariah dilancarkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Ianya mula diperkenalkan pada 12 Ogos 2010 dalam dominasi 1, 2, 5, 10 dan 20 dengan harga semasa RM13, RM26, RM65, RM130 dan RM260 masing-masing.

Apakah Kegunaan Dinardan Dirham Kelantan?
Dinar dan Dirham Kelantan boleh digunakan untuk menyempurnakan ibadah zakat, bayaran mas kahwin, simpanan dan  hadiah. Ianya juga boleh berfungsi sebagai medium pertukaran sukarela untuk barangan atau pun perkhidmatan.

Dimanakah bolehdiperolehi koin Dinar dan Dirham Kelantan?
Sila rujuk laman web ini http://www.dinarkel.comuntuk/ maklumat lanjut.

Dimanakah Dinar danDirham Kelantan boleh dibelanjakan?
Sila rujuk laman web ini http://www.dinarkel.comuntuk/ maklumat lanjut atau lihat pedagang yang mempamerkan logo "Kami Terima Dinar dan Dirham".

Apa kaitan Dinar danDirham Kelantan sebagai matawang Syariah?
Dinar dan Dirham Kelantan dikatakan matawang syariah kerana ianya halal menurut syarak. Dinar dan Dirham Kelantan menggunakan Piawaian Khalifah Umar Al-Khattab. Piawaian ini menetapkan hubungan dinar-dirham sebagai berat 7 koin 1 dinar bersamaan dengan berat 10 koin 1 dirham. Secara amnya berat 1 dinar ialah 4.25g emas berketulenan 22k (91.7%); manakala 1 koin dirham bersamaan 2.975g perak tulen.

Benarkah perkataan Dinar& Dirham ada di dalam Al Quran?
Perkataan dinar dan dirham disebut didalam Al-Quran pada:
Surah Imran (3):75 yang bermaksud "Dan di antara Ahli Kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, ia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepadamu, dan ada pula di antara mereka yang kalau engkau amanahkan menyimpan sedinar pun, ia tidak akan mengembalikannya kepadamu kecuali kalau engkau selalu menuntutnya. Yang demikian itu ialah kerana mereka mengatakan: "Tidak ada jalannya kami menanggung dosa mengenai orang-orang yang Ummi", dan mereka pula selalu berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta).";
Surah Yusuf (12):20 yang berbunyi "Dan (setelah berlaku perundingan) mereka menjualnya dengan harga yang murah, iaitu beberapa dirham sahaja bilangannya dan merekaadalah orang-orang yang tidak menghargainya."

Bolehkah  Kalimah Syahadah digunakan pada Dinar danDirham?
Boleh. Kalimah syahadah telah mula digunakan semenjak dinar mula-mula ditempa oleh Khalifah Abdul Malik ibnu Marwan pada 120H. Dengan menempa kalimah tersebut melambangkan syiar Islam dan deklarasi iman dalam setiap keping dinar dan dirham. Lihat http://www.facebook.com/album.php?aid=2060644&id=1603841846

Berikan contoh penggunaan dinar dan dirham di zaman Rasul s.a.w?
Contoh penggunaan dinar oleh Rasul s.a.w.
Hadits daripada Urwah bin Abi Al-Ja'd Al-Bariqi, beliau berkata: "Sesungguhnya Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam memberinya satu dinar untuk membeli seekor kambing, lalu ia membeli untuk Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam dua kambing dengan wang tersebut. Maka ia jual seekor dengan harga satu dinar dan membawa satu ekor kambing dan satu dinar kepada Nabi Shallallahu'alaihi wa sallam. Lalu Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam mendoakannya: "Dia (Urwah ini), seandainya membeli debu tentu akan untung juga" (HR. Abu Dawud (2810) dan At-Tirmidzi (1/287))

Contoh penggunaan dirham oleh Rasul s.a.w.
Abu Salamah menceritakan, "Aku pernah bertanya kepada Aisyah RA, "Berapakah mahar Nabi SAW untuk para isterinya?" Aisyah menjawab, "Mahar beliau untuk para istrinya adalah sebanyak 12 uqiyah dan satu nasy." Lalu Aisyah bertanya, "Tahukah kamu, berapa satu uqiyah itu?" Aku menjawab, "Tidak." Aisyah menjawab, "Empat puluh dirham." Aisyah bertanya, "Tahukah kamu, berapa satu nasy itu? "Aku menjawab, "Tidak." Aisyah menjawab, "Dua puluh dirham." (HR. Muslim).

Berikan contoh kaitan dinar dan dirham dengan Hukum Syarak?
Contoh dari segi zakat ialah nisab atau ukuran zakat ialah ½dinar bagi setiap 20 dinar dan 5 dirham bagi setiap 200 dirham;  yang cukup haulnya. Manakala hudud dijalankan dalam kes kecurian yang nilainya melebihi ¼  dinar.

Apakah kaitan Pemerintah dengan Dinar dan Dirham?
Dinar dan dirham berkait rapat dengan kerajaan. Ini diperhatikan dalam Surah An-Nisa: 59: "Wahai orang yang beriman! Patuhlah kepada Allah dan patuhlah kepada Pesuruh Allah dan mereka yang memerintah kamu." (An-Nisa (3):59)

Menurut Al-Qurtubi dalam Tafsir Al-Quran beliau, ayat tersebut merupakan perintah supaya umat Islam taat kepada pemerintah dalam tujuh perkara. Perkara pertama ialah penempaan dinar dan dirham; dan enam yang lainnya ialah penetapan berat dan ukuran, keputusan mahkamah, haji, Jumu'ah, dua Hari Raya dan Jihad. Dalam kata lain, urusan dinar ialah urusan agama Islam dan kedaulatan daulah Islam. Penggunaan dinar melambangkan kepatuhan kepada perintah Allah; bukan semata-mata urusan ekonomi.

Apakah Dinar Dan Dirham Kelantan sahaja yang boleh dijadikan matawang?
Tidak semestinya. Di sepanjang sejarah manusia terdapat pelbagai komoditi yang digunakan sebagai wang. Komoditi di atas termasuklah binatang ternak, bijirin, manik-manik, cengkerang, rokok, tembaga dan timah. Emas dan perak telah terpilih sejak berzaman sebagai matawang kerana mempunyaiciri-ciri sebagai wang. Ianya sukar diperoleh, cantik, mudah dibahagi, mudah dibawa, diterima khalayak ramai dan tidak mudah dimusnahkan. Imam Malik di dalam Kitab Al-Muwatta menjelaskan bahawa wang ialah apa-apa komoditi yang lazimnya diterima pakai sebagai bahan pertukaran.

Adakah Koin Kijang Emas sama dengan Dinar Kelantan?
Tidak sama. Spesifikasinya berbeza daripada Dinar Kelantan.Kijang Emas ialah koin emas seberat ¼, ½ dan 1 troy ounce yang dilancarkan Bank Negara Malaysia sekitar Julai 2001. 1 troy ounce adalah bersamaan 31.1 g;1 Dinar Kelantan pula 4.25g.

Benarkah wang kertas seperti dolar Amerika, Yen Jepun dan ringgit Malaysia 100% disandarkan dan boleh disaling-tukar dengan emas?
Tidak benar. Berdasarkan sistem kewangan dunia kini, tiada satu pun mata wang nasional yang bersandarkan emas. Wang kertas hanya boleh ditukar dengan wang kertas yang lain. Sebagai contoh; jika seseorang ke bank pusat seperti Bank Negara Malaysia untuk menukarkan sekeping wang $100, beliau akan diberikan SAMA ADA 2 keping wang $50 ATAU 10 keping wang $10; ATAU 100 keping wang $1 tetapi tidak sama sekali ditukarkan dengan emas.

Adakah Dinar Kelantan sejenis Wang Fiat?
Dinar Kelantan bukan wang fiat, ianya alat tukar sukarela . Wang fiat adalah wang yang nilainya dikuatkuasakan oleh undang-undang negara. Wang fiat menjadi wang sah melalui perintah atau paksaan kerajaan. Wang fiat diperakukan sebagai medium melangsaikan hutang melalui undang-undang. Jika pemiutang tidak mahu menerima wang fiat sebagai bayaran melangsaikan hutang, beliau boleh dibawa ke mahkamah! Wang fiat merupakan nota janji kerajaan. Wang fiat sesuatu negara tidak menjadi wang sah di luar sempadannya kerana undang-undang sesebuah negara hanya berlaku di dalam sempadan nagara itu sahaja.Dinar Kelantan boleh diterima di mana saja, asal saja ada kesudian pembeli dan penjual.

Dinar Kelantan ialah koin emas, bukankah Ringgit disandarkan kepada emas?
Sandaran kepada "wang kertas BNM" atau lebih dikenali sebagai Ringgit  adalah wang kertas yang lain; seperti Dollar Amerika, Yen Jepun, Euro dan seumpamanya. Emas cuma merupakan sebahagian kecil daripada rizab BNM, sekitar 1.5% (Cuma RM1.452 bilion daripada RM94.772 bilion; setakat 30 Jun 2010). Rujuk http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=293

Mengapa perlu umat Islam beralih daripada wang kertas atau wang fiat kepada koin dinar seperti Dinar dan dirham Kelantan?
Mengapa tidak? Penggunaan dinar serta dirham adalah antara sunnah Rasul s.a.w. Selain daripada berpeluang mengikuti jejak langkah baginda,umat Islam dapat disatukan melalui penggunaan dinar yang tidak mengenal sempadan. Corak tempaan dinar mungkin berbeza-beza tetapi berat dan ketulenannya adalah serupa di serata pelusuk daulah Islamiah. Satu Dinar, Satu Ummah.

Soal jawab di atas saya petik daripada FB Muhamad Mazli Alias. Ramadhan 1431.

“Do or do not... there is no try.” - Master Yoda.

Saturday, November 20, 2010

Nak Kongsi Pengalaman En. Mazli dan Isteri Menggunakan Dinar & Dirham Kelantan

Khamis lalu, 2 Ramadan 1431 Hijrah merupakan hari bersejarah bagi rakyat Semenanjung Tanah Melayu. Dinar dan dirham telah pulang ke pasar; sirih telah pulang ke gagang. Pelancaran matawang syariah oleh Kerajaan Negeri Kelantan dan kesudian  sekitar 1,000 peniaga Kota Bharu menerimanya adalah peristiwa yang luar biasa. Luar dari kebiasaan. Dari keadaan "Paksa!, Terima" wang kertas kepada keadaan "Suka?, Terima"  keping-keping koin dinar dan dirham.

Alhamdulillah wa syukrulillah! Saya dan isteri berpeluang menyaksikan Majlis Pelancaran tersebut yang disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Kelantan di Kelantan Trade Center. Kami juga melihat pembayaran zakat dalam koin dinar dan urusan jual beli dalam koin dirham di pentas yang bersejarah itu. Sejurus selesai majlis, kami berbaris mendapatkan beberapa keping dinar dan dirham. Harga jualan semasa ialah RM581 bagi sekeping 1 dinar dan RM13 bagi sekeping 1 dirham. Tapi apalah makna kepingan dinar dan dirham jika tidak digunakan? Apa lagi; kami terus mendapatkan teksi dan bergegas ke Pasar Siti Khadijah, jantung Kota Bharu.

Masuk saja di Pasar, terpampang jelas PapanTanda Harga Jualan Dinar dan Dirham Harian. Ini memudahkan peniaga mendapat maklumat berjual beli. Kami mendaki ke Tingkat 2 untuk membeli-belah. Banyak sungguh peniaga yang mempamerkan logo "Kami Terima Dinar Dan Dirham". Bila bertemu barang yang berkenan, urusan tawar menawar pun berjalan. Kami membeli dua helai kemeja batik, sebidang kain ela dan beberapa helai tudung Natasha dengan harga sekitar RM350. Kami membayar sekeping 1 dinar dan peniaga kain yang ramah tersebut memberikan kami barang-barang  bersama bakinya sekitar RM250. Nah, inilah urusniaga dinar pertama di Pasar Siti Khadijah.

Teringin pula kami berbelanja dengan dirham pula. Kami turun ke Tingkat 1 dan terjumpa banyak kedai menjual serunding. KakZah, peniaga serunding dengan girang sudi menerima dirham. Kami membeli sedikit serunding ikan, serunding ayam dan beberapa bungkus keropok sira pedas sebagai buah tangan bila pulang ke Kuala Lumpur malam nanti. Harga kesemuanya ialah RM40; kami membayar 3 koin1 dirham dan tambahan RM1.  Nah, ini pula urusniaga dirham kami yang pertama. Sungguh mudah dan mengujakan.

Urusniaga dinar dan dirham amat praktikal. Cubalah. Jangan senang terpedaya kepada cakap-cakap orang yang belum mencuba.Kami telah mencubanya. Ianya mudah dan seronok. Cubalah, bukankah menggunakan dinar dan dirham itu sebahagian daripada Sunnah?

Muhamad Mazli Alias. Ramadan 1431.

Friday, November 19, 2010

Fakta Mengenai Dinar Emas ( PG )

Dinar Emas

Dinar adalah syiling emas. Ia diperbuat daripada emas 22 karat (916) serta mempunyai berat 4.25 gram. Spesifikasi ini telah ditetapkan oleh Khalifah Umar Al-Khattab.

Dirham pula ialah syiling perak berketulenan 999 dan mempunyai berat sebanyak 2.975 gram.

Khalifah Umar Al-Khattab juga telah menetapkan piawaian berat dan ukuran perbezaan di antara dinar dan dirham seperti berikut.
‘7 dinar mesti bersamaan 10 dirham (dari segi beratnya)’

Dinar adalah matawang Sunah dan dibawah ini adalah kebaikan-kebaikannya:
  • Emas dan perak merupakan wang yang paling stabil pernah digunakan manusia.
  • Daripada awal tamadun Islam sehingga hari ini, nilai emas dan perak sangat stabil serta sangat menarik perhatian. Seekor ayam berharga 1 dirham ketika zaman Nabi Muhammad SAW, zaman perkembangan Islam negeri Arab serta zaman ketamadunan khalifah Islam; hari ini seekor ayam masih berharga 1 dirham dikebanyakan tempat diseluruh dunia apabila dibandingkan dengan nilai harga ayam runcit semasa.
  • Sekaligus, ini menunjukkan inflasi sifar dalam jangka masa 1400 tahun.
  • Ia membuktikan bahawa di dalam jangka masa panjang emas dan perak merupakan penyimpan nilai yang unggul. Kuasa beli emas dan perak masih dikekalkan. Inilah kelebihan emas dan perak. Selain itu, emas dan perak tidak boleh dicetak sesuka hati oleh kerajaan menyebabkan nilainya tidak mungkin jatuh seperti wang kertas.
  • Oleh yang demikian, menyimpan kekayaan di dalam bentuk emas adalah kaedah terbaik dan terunggul.
  • Nilai emas dan perak tidak perlu disandarkan kepada mana-mana kerajaan. Ianya bukanlah liabiliti mana-mana pihak.
  • Semua bentuk aset kertas, contohnya bon, saham termasuk deposit bank adalah merupakan 'janji untuk membayar hutang'. Nilainya tertakluk kepada andaian pelabur bahawa janji pembayaran akan dilakukan. Sejarah menunjukkan bahawa aset-aset kertas ini boleh gagal sepertimana yang berlaku kepada bon dan wang kertas peso Mexico.
  • Emas pula tidak tertakluk kepada mana-mana sistem kewangan dunia. Apa pun yang berlaku, emas tetap mengekalkan nilainya. Ini dapat dilihat daripada pengalaman manusia selama 5000 tahun di samping logam ini.
  • Tujuannya bagi mengurangkan penipuan dan manipulasi mata wang. Mata wang sedia ada seperti dolar Amerika, bath Thailand mahupun ringgit mudah dimanipulasi dan mudah disalahgunakan.

  • Dinar emas pernah digunakan sebagai piawai bagi mata wang dunia ribuan tahun lamanya.

  • Wang kertas dolar pada mulanya disandarkan kepada nilai emas. Tetapi kemudian sandaran emas ini tidak lagi digunakan.

  • Akibatnya wang kertas dan syiling asyik turun dan naik dan sukar untuk memantapkannya.

  • Semasa Perang Vietnam 1969-1975, Amerika Syarikat dikatakan mencetak wang kertas dolar untuk menampung kos peperangan. Wang kertas dolar ini dilarang masuk ke Amerika Syarikat semula.

Perbandingan Antara Emas PG dengan Emas Sykt. Lain

Kali ini saya nak bawakan kepada kawan-kawan semua berhubung dengan perbandingan antara emas-emas pelaburan di Malaysia yang telah dibuat oleh saudara ZAKARIA ISMAIL aka POKYA (putremas.com). Sebelum daripada ini kami pernah keluarkan artikel  berhubung dengan perkara tersebut tetapi tidak sedetail yang dikeluarkan oleh POKYA kita ni. Tapi kawan-kawan kena ingat, ni maklumat ini bukan nak kondem sapa-sapa tapi hanya perbandingan dan bacaan umum sahaja bagi sesiapa yang mula nak berjinak-jinak dengan emas. So saya petik balik tulisan POKYA sebagaimana berikut:
----------------------------------------------------------------------------->
 
Perbandingan Emas Pelaburan di Malaysia
Terdapat beberapa pembaca yang mahu saya catatkan sedikit analisis berkenaan untung / rugi membeli emas di kedai emas atau di tempat-tempat lain. Berikut ialah sedikit rumusan yang dapat dibuat.
Kijang Emas
  • Boleh dibeli di cawangan Maybank tertentu
  • Spread 1oz (6%), 1/2oz (8%), 1/4oz (10%)
  • Tidak boleh lock harga
  • Tidak boleh booking
  • Perlu dapatkan sendiri di Maybank
  • Stok sering habis
  • Tidak beli semula jika tercalar
OUB
  • Boleh dibeli di OUB Utama sahaja
  • Spread berdasarkan 1oz : AUS Nugget (2%), Gold Maple Leaf (2%), Kinebar (2%), Pamp Gold (3.5%), Singapore Lion (2%)
  • Perlu dapatkan sendiri di OUB
  • Stok selalu habis
  • Mesti bawa resit asal masa jual balik
  • Tidak boleh buka sarung
Pamp Suisse
  • Boleh dibeli di kedai emas tertentu
  • Spread antara 10%-30% mengikut kedai
  • Buka sarung tolak harga
Bunga Raya
  • Hanya boleh dibeli dan dijual di Poh Kong sahaja
  • Spread 15%-25%
  • Buka sarung tolak harga
Barang Kemas
  • Boleh dibeli di mana-mana kedai emas
  • Harga tinggi berbanding pasaran
  • Spread 20%-40%
Dinar Emas Kelantan
  • Boleh dibeli melalui wakalah berdaftar atau orang perseorangan ( contohnya melalui GROUP  EMAS  KOTA  BHARU )
  • Stok terhad
  • Spread  5%  ( tidak digalakkan jual balik )
Public Gold & Public Dinar
  • Boleh dibeli daripada mana-mana ejen ( Termasuk GROUP EMAS KOTA BHARU )
  • Spread 5%-6% sahaja
  • Dijamin beli balik walaupun buka sarung, kemek, calar dan sebagainya asalkan berat masih sama
  • Boleh booking dan lock harga
  • Dinilai oleh assayer emas bertauliah
  • Disertakan dengan Certificate of Authenticity
  • Timbangan berat emas adalah 100% dijamin tulen (boleh rujuk Bank Rakyat / Agro Bank)

Monday, November 15, 2010

Alhamdulillah ... Modal Dah Cukup

Group Emas Kota Bharu serta rakan-rakan pengedar bersama dinar dan dirham Kelantan di bawah payung Sahabatemas berasa gembira kerana masing-masing mendapat mesej daripada Cikgu Ariff  yang memaklumkan bahawa modal yang disyaratkan oleh KGT sebanyak RM 500,000 untuk menjadi pengedar telah pun mencukupi. Wang tersebut telahpun dibankin pada petang tadi  ke dalam akaun KGT . Jadi , kami hanya menanti dinar dan dirham tersebut sampai daripada Dubai untuk diedar dan dijual kepada pelanggan -pelanggan yang sebahagiannya telah pun membuat tempahan. Sebelum itu , memandangkan kami tidak ada pengalaman dalam perniagaan , maka berbagai -bagai pandangan dilontarkan dalam perjumpaan tidak rasmi antara kami ( 5 orang ) yang bertempat di Restoran Lazat Mesra pada petang Sabtu 13 Nov. Dalam hal ini ucapan terima kasih dan syabas perlu dihulurkan kepada Cikgu Ariff yang sabar melayan dan mendengar idea-idea kami. Terima kasih juga untuk belanja makan pada petang tu walaupun business belum mula lagi. Tak apa. Untuk perjumpaan seterusnya biarlah GEKB pula yang 'open table' . Seterusnya wakil daripada Pasir Putih , diikuti wakil Ketereh . Boleh ke ?
          Rasanya masing-masing tak sabar menanti bila pula dapat dinar dan dirham tersebut setelah berdebar menanti modal mencukupi.. Apa-apa hal pun semangat untuk berniaga perlu terus berkobar-kobar.Jangan mudah mengaku kalah atau berhenti separuh jalan. Kita satu pasukan perlu saling membantu.Rasanya seronok mengenali dan menjadi sebahagian daripada team anda.Wassalam

Kelantan Lantik Wakil Pasarkan Dinar di Cina

KOTA BHARU, 10 Nov: Kerajaan Kelantan bercadang melantik wakil (wakalah) bagi memasarkan mata wang syariah di China, kata Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Masyarakat, Datuk Husam Musa.
Beliau berkata, usaha itu dilakukan bagi memperluaskan penggunaan Dinar dan Dirham ke seluruh dunia.
Kata beliau Dinar dan Dirham digunakan secara meluas di Indonesia yang lebih dikenali sebagai logam mulia.
Begitu juga katanya Dinar digunakan di Granada, Sepanyol dan Amerika Syarikat dalam bentuk syiling emas.
”Di Amerika Syarikat gold coin sama berat dengan standard emas 22 karat yang telah digunakan dalam sistem perdagangan antarabangsa.
”Standard yang digunakan itu sama dengan Dinar yang digunakan oleh pemerintah Islam di zaman Khalifah Othamiah,” katanya menjawab soalan Hanifa Ahmad (PAS-Pengkalan Pasir) pada persidangan Dun hari ini.
Beliau juga mencadangkan bayaran deposit pembantu rumah dari Indonesia digunakan menggunakan Dinar berbanding Rupiah yang digunakan sekarang.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan, Wan Ubaidah Omar berkata, sehingga sekarang lebih 2,000 wanita dilatih dalam pelbagai bidang kemahiran di Pusat Pengembangan Wanita Kelantan (PPWK).
Bidang kemahiran yang diajar termasuk jahitan, sulaman dan masakan.
”Sebelum ini seramai lapan wanita mendalami bidang sulaman di Bukit Tinggi, Indonesia dan sekarang mereka mengajar kemahiran itu kepada wanita di sini,” katanya menjawab soalan Zulkefli Mamat (PAS-Pulai Chondong).

Wednesday, November 10, 2010

Group Emas Kota Bharu Menjadi Pengedar dan Penjual Dinar dan Dirham Kelantan

Kami (GEKB)bersama dengan Sahabat Emas (Cikgu Arif)dan En. Mohd Kamil telah bermesyuarat secara tidak formal bersama-sama dengan CEO Kelantan Gold Trade, PROF Umar Ibrahim Vadiloo dan Nik Mahani Mohamad ( Pengarah Esekutif KGT Sdn. Bhd ) pada 9 Nov.2010 tentang penjualan seterusnya dinar dan dirham Kelantan dalam masa terdekat.Ini merupakan kesinambungan daripada pelancaran dinar dan dirham kelantan pada bulan Ogos yang lalu. Harapan kami dinar dan dirham itu dapat dibawa dari Dubai sebelum Aidil Adha ini. Justeru usaha mengumpulkan modal sebanyak RM 500 000 sedang giat diusahakan oleh Sahabat Emas yang bertindak sebagai wakala KGT .GEKB dan Mohd Kamil berada di bawah payung Sahabat Emas. Menurut PN. Nik Mahani , modal permulaan tidak boleh kurang daripada tu. Memandangkan permintaan sangat tinggi terhadap dinar dan dirham Kelantan , diharapkan usaha untuk memperolehnya sebelum Aidil Adha tidak akan menghadapi sebarang masalah.Sempena mesyuarat itu juga,upacara menandatangani surat perjanjian antara Sahabat Emas dengan CEO KGT telah berlangsung.


                                              Sahabatemas Sedang Meneliti Surat Perjanjian

 En. Kamil , En. Radzuan ( GEKB),Pn. Nik Mahani , Prof Umar

          Dengan usaha ini , kami berharap semuanya akan berjalan lancar dan pemilikan dinar dan dirham Kelantan dalam kalangan rakyat Kelantan khususnya dan rakyat Malaysia amnya akan terus meningkat. Kami yakin bahawa inilah satu-satunya cara selamat bagi melindungi harta kita daripada keganasan inflasi - Satu Dinar ,Satu Dirham , Satu Jihad

Group Emas Kota Bharu ( GEKT ) Menjadi Pengedar/Penjual Dinar dan Dirham Kelantan

Kami ahli group

Empat Teknik Melabur Emas

Teknik 1- Beli Emas Fizikal dan Simpan Selama Mungkin Sebagai Aset

Teknik ini lebih menjurus kepada membeli emas sebagai aset. Anda beli emas fizikal dan peganglah ia selama yang mungkin contohnya 20 – 30 tahun. Emas ini akan menjadi sumber tunai/pinjaman anda. Anda tidak terfikir langsung untuk menjual emas ini.Bagaimana membuat keuntungan dengan cara ini? Dengan andaian harga emas naik 27% setahun di dalam jangka masa panjang anda akan nampak keuntungan apabila anda pergi memajak emas ini di Ar-Rahnu.Ini kerana, semakin tinggi nilai emas anda maka semakin banyak wang yang anda boleh pinjam di Ar-Rahnu. Semakin banyak wang yang anda boleh pinjam maka semakin banyak perkara yang boleh anda lakukan.

Sebagai Contoh
Anda membeli 100 gram emas pada tahun 2009 dengan harga RM 11,275.
Maka nilai pinjaman daripada Ar-Rahnu (andaian: Agrobank) pada tahun 2009 ialah: 65% x RM 11,275 = pinjaman RM 7,329
Pada tahun 2013, dengan andaian harga emas anda naik 108%
Maka nilai emas naik menjadi RM23,452 maka nilai pinjaman Ar-Rahnu 65% x RM23,452 = RM15,243.80
Pada tahun 2017, dengan andaian harga emas anda naik 216% menjadi RM 35,629 maka nilai pinjaman Ar-Rahnu 65% x RM 35,629 = RM 23,158.90
Pada tahun 2021, dengan andaian harga emas anda naik 324% menjadi RM 47,806 maka nilai pinjaman Ar-Rahnu 65% x RM 47,806 = RM 31,073.90
Kita boleh lihat di sini, emas yang dibeli pada tahun 2009 dengan harga RM 11,275 bernilai RM 47,806 selepas 12 tahun dan boleh memberikan pinjaman bernilai RM 31,073.90 pada masa itu.

Saya sendiri menggunakan teknik ini untuk menambahkan lagi stok emas & rolling untuk bisnes yang lain. Nah…ini emas yang saya gunakan untuk memajak di Ar-Rahnu.
J
Jongkong emas 100 gram Public Gold dan saya akan pegang selama mana yang mungkin
Dengan teknik ini, anda tak perlu risau harga emas naik ataupun turun. Anda cuma perlu ada emas sebagai aset dan simpanlah emas selama yang mungkin.Untuk mendapatkan jongkong emas seperti ini ataupun untuk maklumat lanjut mengenai teknik-teknik menjana wang melalui emas bolehlah berhubung dengan saya, 019-3258257 atau Group Emas Kota Bharu

Tuesday, November 9, 2010

Teknik 2- Beli Emas Fizikal Semasa Harga Rendah dan Jual Semasa Harga Tinggi.

Ini adalah kaedah yang termudah sekali. Beli ketika harga rendah dan jual pada harga tinggi. Emas yang sesuai digunakan ialah emas fizikal seperti Syiling Kijang Emas, Dinar Emas Public Dinar, syiling emas dari UOB Bank dan Public Gold gold bar.

Lebih rendah spread emas tersebut maka lebih cepat anda mendapat keuntungan.  Anda beli emas fizikal ini kemudian simpan elok-elok. Apabila harga naik melepasi target keuntungan anda maka anda boleh jual balik dan memperoleh keuntungan.
Memandangkan emas yang dibeli adalah emas fizikal, anda boleh memajaknya di Ar- Rahnu kalau nak pakai duit. Jadi tak perlu risau modal terbeku. Itu sebabnya saya amat menggalakkan anda membeli emas fizikal.

 
Contoh Harga Kijang Emas

Sumber :  www.bnm.gov.my
Ketika artikel ini ditulis(9/8/2010), harga Kijang Emas ialah RM 4013.00
Berdasarkan jadual di atas, harga Kijang Emas memang naik. Tapi untuk membuat untung anda sendiri yang tentukan.
Gambar di bawah pula menunjukkan harga bagi emas keluaran Public Gold

 
Harga emas Public Gold selepas setahun
Menarik kan..dengan berat emas yang sama tetapi harga emas berubah dan terus naik dalam jangkamasa panjang. Oleh itu, berubahlah kepada pelaburan emas. Pelaburan yang paling selamat dan terkawal nilainya.  Kebaikan emas Public Gold ialah spreadnya yang rendah boleh memaksimumkan kadar keuntungan berbanding emas keluaran yang lain. Selain itu ianya senang dipajak di Ar-Rahnu dan boleh dijual bila-bila masa walaupun calar,kemek,sumbing,bengkok dan sebagainya selagi berat emas masih sama seperti tercatat di dalam sijil.

Teknik ke -3 – Buat Pinjaman Semaksimum Mungkin dan Beli Emas Fizikal

Assalamualaikum dan salam sejahtera… Sudah tiba masanya saya berkongsi teknik yang ketiga menjana keuntungan dengan menggunakan emas.
Berdasarkan analisa saya membuat pinjaman dan membeli emas fizikal memang menguntungkan. Ini kerana pinjaman untuk membeli emas fizikal adalah pinjaman yang baik.
“Pinjaman yang baik ialah pinjaman yang menyebabkan anda menjadi bertambah kaya. Pinjaman yang buruk ialah pinjaman yang menyebabkan anda bertambah miskin”
Ok, berbalik pada cerita buat pinjaman untuk membeli emas. Di sini adalah analisis saya berdasarkan data yang sebenar..
KAJIAN KES:
Pada Mei 2002 jika anda buat personal loan Bank Rakyat sebanyak RM10,000 untuk tempoh 5 tahun maka anda perlu bayar RM227 sebulan bermula Jun 2002 sehingga April 2007. Jadi jumlah bayaran kepada bank selama 5 tahun ialah RM13,620.00
Jika RM10 000 semuanya anda beli syiling Kijang Emas 1 Oz (2 Mei 2002) maka anda dapat beli 8 Keping Kijang Emas 1 Oz.

Bila loan anda dah selesai bayar pada April 2007, nilai Kijang Emas 1 Oz itu menjadi RM2351 (2/4/2007). Dengan kata lain, setelah 5 tahun Kijang Emas anda sebanyak 8 keping itu berharga RM2351 x 8 = RM18,808!

Kalau anda jual semua syiling Kijang Emas tersebut pada 2/4/2007, maka keuntungan bersih anda ialah RM5188.00. Anda akan untung 51.88% . Katakan anda tak nak jual Kijang Emas tersebut dan masih memegang sehingga hari ini (13/8/2010 – tarikh artikel ini ditulis) berapa untung nya?
Ini pengiraannya:
Harga Kijang Emas pada 13/8/2010 ialah RM3930.00 seunit
Jadi RM3930.00 x 8 keping = RM 31,440.00!!

Keuntungan bersih anda ialah RM 17,820.00!! dalam masa 8 tahun (bersamaan 178%). Purata pulangan ialah 22.25% setahun. Hebat betul keuntungan daripada emas ini ye.
MENGAPA SAYA YAKIN TERHADAP TEKNIK INI?
Berdasarkan kepada pembacaan yang intensif dan kajian yang menyeluruh, kesemua pakar pelaburan memberitahu bahawa sekarang zaman kenaikan emas. Sistem kewangan berasaskan kredit telah mengalami masalah. Dengan kata lain harga emas memang berpotensi tinggi meningkat naik.
Kita pun tahu krisis ekonomi telah melanda Amerika Syarikat dan Eropah akhirnya merebak ke seluruh dunia. Dengan situasi ekonomi yang tidak menentu, kita sudah dapat lihat harga emas telah naik sehingga mencecah USD1261 / Oz.

Ini adalah kenaikan harga yang sukar dibayangkan memandangkan harga emas pada tahun 1970-an hanyalah USD35/Oz.
Jadi dalam tempoh 40 tahun, harga emas mencanak naik daripada USD35 / Oz kepada USD 1261 / OZ (sekarang ini harga emas sekitar USD 1220 USD / Oz)
BAGAIMANA DENGAN SAYA? ADAKAH SAYA MEMBUAT TEKNIK INI?
Saya memang membuat teknik ini. Bagi saya, ilmu yang baik + tindakan yang betul akan mendatangkan keuntungan yang besar.
Saya bukan sekadar membeli emas fizikal sebagai pelaburan tetapi sebagai perniagaan. Daripada duduk termenung menunggu kenaikan harga emas, lebih baik saya tambah income dengan menjual emas.
Emas yang saya jual ialah emas Public Gold. Mula-mula saya start dengan RM38,000,kemudian tambah lagi kepada RM12,000. InsyaAllah..dalam masa yang terdekat ini saya akan tambah pula RM100,000.
Kesemua ini saya beli emas. Memang untung sebab selain daripada menikmati kenaikan harga emas, saya juga mendapat pendapatan sampingan daripada menjual emas.
Ini dinamakan melabur sambil berniaga ( Ini saya sunting daripada pengalaman En. Zarul Danish kerana saya baru buat pinjaman belum sampai setahun lagi )
Sekiranya berminat untuk menceburi perniagaan emas Public Gold, saya bersedia membantu & mengajar bagaimana untuk berniaga emas Public Gold ni. Hubungi saya di talian 019-3258257

Teknik 4- Membuat Keuntungan Dengan Emas Fizikal

Friday, November 5, 2010

Teknik 4- Membuat Keuntungan Dengan Emas Fizikal

Baiklah, sekarang saya ingin berkongsi teknik menjana keuntungan dengan menggunakan emas fizikal.
 
Teknik ini utk pemegang emas fizikal ajer, GIA dan Maybank GSPA tak boleh.
Sesiapa yang dah beli emas fizikal, tahniah! teknik ini untuk anda. Bagi yang tak ada emas fizikal @ buat pelaburan dengan akaun GIA atau Maybank Gold Saving passbook, teknik ini anda tak boleh buat. Untuk pengetahuan anda semua, saya sering kali menerima soalan seperti berikut”
“En. Wan, sesuai ker saya beli emas sekarang nie?
Nampak harga emas tengah mahal nie?”
(soalan yang ditanya ketika harga emas di dalam trend menaik)
Jawapan standard yang saya akan berikan ialah:
“Kalau anda nak beli GIA, tunggu dulu sebab harga tengah tinggi. Tapi kalau nak beli emas fizikal, then beli ajer.. tak payah tunggu-tunggu”
Apakah rahsia di sebalik jawapan saya ini? Kenapa kalau emas GIA saya suruh hold dulu dan tunggu harga murah?
Tapi kalau nak beli emas fizikal saya suruh beli ajer?
JAWAPANNYA.
Emas fizikal ini banyak keistimewaannya. Setiap kali anda membeli emas fizikal, anda telah membuat pelaburan yang sangat tepat dan terbaik. Jadi, walaupun anda beli emas fizikal pada harga tinggi, anda tetap untung kerana ia boleh dipajak. Akaun simpanan emas seperti GIA dan Maybank GSPA (beli emas atas kertas) cuma boleh untung dengan beli harga murah, jual harga tinggi.
Pajak memang tak boleh. Tapi emas fizikal nie… beli murah ker.. mahal ker.. memang boleh buat untung. Bagaimana caranya? Di sini saya ingin ajar 2 teknik membuat keuntungan menggunakan emas fizikal
.
Teknik 1: Pajak emas fizikal dan masuk GIA
Teknik 2: Pajak emas dan beli lagi emas fizikal kemudian pajak, kemudian beli emas fizikal lagi.
Kalau anda faham betul-betul, saya gerenti anda akan buat keuntungan. Banyak atau sikit keuntungan bergantung kepada modal anda dan entry point anda. Kalau modal kecil, untung pun kecil. Kalau modal besar, untung pun besar. Selain itu, ia juga bergantung kepada setinggi mana harga emas akan naik.
 
Sebagai contoh, harga emas meningkat 26% dalam masa 2 bulan
TEKNIK 1 : PAJAK EMAS FIZIKAL DAN MASUK GIA
  1. Ketika harga emas rendah, pajakkan emas anda di Ar-Rahnu
  2. Hasil duit pajakan, gunakan semuanya untuk membeli emas GIA Public Bank
  3. Bila harga dah naik, jual emas GIA dan tebus semula emas di Ar-Rahnu
  4. Kira keuntungan anda
TEKNIK 2 : PAJAK EMAS FIZIKAL DAN BELI EMAS FIZIKAL LAGI
  1. Ketika harga emas rendah, pajakkan emas anda di Ar-Rahnu
  2. Beli lagi emas fizikal menggunakan hasil duit pajak
  3. Pajak semula emas fizikal dan beli lagi emas fizikal menggunakan hasil duit pajak (Boleh ulang-ulang proses ni jika modal besar tapi nasihat saya jangan melebihi 3 kali pajak)
  4. Bila harga emas dah naik, emas yang ada di tangan jual pada harga yang tinggi
  5. Tebus semula emas satu persatu sehingga kesemua emas di Ar-Rahnu dapat ditebus
  6. Kira keuntungan anda
Emas yang sesuai dibeli hasil pajakan ini ialah gold bar Public Gold dan syiling Kijang Emas. Ini kerana kedua-dua jenis emas ini mudah dijual balik serta mempunyai spread yang rendah. Untuk teknik ini, anda boleh dapat keuntungan yang lebih besar daripada teknik 1. Tapi risiko adalah lebih besar sedikit. In case harga tak naik seperti yang dijangka, maka kita kena tanggung upah simpan kat Ar-Rahnu. Jadi, pastikan kita ada simpanan tunai

Faktor Kenaikan Harga Emas

      Sebenarnya emas sudah menjadi bahan pelaburan sejak harganya mula-mula diselaraskan pada tahun 1717 oleh Sir Isaac Newton.Pada tahun 1971, emas tidak lagi terikat dengan Dolar Amerika dan diperdagangkan secara bebas. Mengambil data harga emas paling rendah pada 5 February 2010 iaitu USD1,060 seauns sehingga 9 Jun 2010 baru-baru ini, harga emas di pasaran emas dunia melonjak sebanyak AS$190 kepada AS$1,250 seauns.


 

Harga terendah tahun 2010 pada 5 Februari 2010

 
Harga tertinggi pernah dicatatkan USD 1,250/oz

Enam bulan dulu harga terendah emas ialah AS$1,080 dan setahun dulu pada 23 Jun 2009, harganya ialah AS$920 seauns. Dalam masa setahun harga emas naik sebanyak 35.8 peratus. Data harga emas anda boleh dapati di www.kitco.com

 
Jun 2009
 
Jun 2010
      Secara purata seseorang yang melabur jangka panjang mendapat pulangan purata dalam masa lima tahun sebanyak 30.5 peratus. Rasanya pelaburan di pasaran saham sendiri tidak boleh memperolehi keuntungan sebanyak itu.

Tidak ramai yang sedar akan pulangan yang lumayan daripada pelaburan emas. Cara yang baik untuk melabur emas ialah dengan membeli syiling emas atau emas keping selain barang kemas.
Untuk makluman, satu auns (oz) bersamaan dengan 31.10 gram. Bagaimana pun harga jualan emas di institusi kewangan berbeza-beza kerana harga emas bukannya sesuatu yang terkawal.
Banyak kos perkhidmatan seperti insurans diambil kira oleh institusi-institusi ini. Syiling dan emas keping ini boleh diperolehi di bank-bank seperti Maybank, OUB dan Public Gold sendiri.
Ada juga yang menggunakan buku pas seperti Public Bank tetapi pelanggan tidak menyimpan dan melihat emas sebenarnya hanya jumlah dan harga semasa pembelian dimasukkan ke dalam buku pas.
Kenaikan harga emas tertakluk lazimnya atas tiga faktor utama iaitu:
Pertama penyusutan nilai dolar Amerika. Apabila nilai dolar Amerika susut harga emas akan naik, apabila dolar Amerika stabil harga emas akan susut.
Emas bertindak sebagai pelindung nilai menentang dolar Amerika. Pada masa ini dolar Amerika lemah dan menunjukkan tanda-tanda akan menjadi lebih lemah.
Ada juga ura-ura negara Asia Barat dan China akan menggunakan mata wang lain selain dolar Amerika disebabkan kelemahan dolar Amerika ini. Walaupun peralihan kepada mata wang selain dolar Amerika (euro misalnya atau mata wang bentuk baru) bukan sesuatu yang boleh berlaku dengan segera, berita itu telah cukup untuk melonjakkan harga emas dunia.
Faktor kedua ialah harga emas akan naik selari dengan kadar inflasi. Apabila inflasi naik, harga emas akan naik selaras dengan inflasi.
Dalam keadaan negara-negara di dunia termasuk kuasa-kuasa ekonomi besar menyuntik pakej rangsangan ekonomi dengan besar seperti AS$787 bilion pakej rangsangan Amerika Syarikat kesannya ialah peningkatan inflasi.
Amerika hanya mengecap duitnya sesuka hati dan ini akan menyebabkan nilai duitnya akan turun.
Faktor ketiga ialah kenaikan harga petroleum akan menyebabkan harga emas naik selari dengan kenaikan kos penghasilan dan penghantaran barangan, jika harga petroleum jatuh. dijangka emas juga akan turun tetapi pada tahap minimum.
Terdapat beberapa cara untuk melabur dalam bentuk emas dan diterangkan secara lengkap di dalam www.gold.org/value. Orang ramai boleh melabur secara langsung dengan membeli emas bulion (jongkong), syiling emas, dinar emas, atau secara tidak langsung melalui gold futures, options, waran atau sijil pelaburan.
Salah satu cara paling popular dan cepat berkembang dalam sekuriti bursa di seluruh dunia yang dikenali dengan nama Gold ETF (Exchange Traded Fund).
Antara bursa saham dunia yang menawarkan Gold ETF ialah di Australia, Amerika Syarikat, Perancis, Hong Kong, Jepun, Mexico, Afrika Selatan, Switzerland, Singapura, Turki dan United Kingdom. ETF ini dalam bentuk sekuriti dan disokong 100 peratus oleh emas secara fizikal.
Pelaburan secara ini berkembang dengan pesat sehingga 38 peratus daripada pelaburan yang dikenal pasti terdiri daripada sekuriti bentuk ini. Di sini belum ada lagi Gold Emas ini diperdagangkan di bursa kita.
Melihat pergolakan yang berlaku sekarang terutama sekali tergugatnya kedudukan Dolar Amerika ekoran krisis ekonomi yang berpunca di Amerika, daripada mereka dan merebak ke seluruh dunia terutamanya di Eropah baru-baru ini. Orang ramai sudah tentu mencari sesuatu bentuk pelaburan yang lebih selamat daripada pergolakan harga.

      Jadi , bagi sesiapa yang dah mendapat idea untuk memiliki dan melabur dalam emas ini bolehlah hubungi Group Emas Kota Bharu - 0193258257
     Wassalam

Wednesday, November 3, 2010

Pelaburan Emas Dapat Mengatasi Masalah Kos Haji dan Umrah Yang Semakin Meningkat

 Pelaburan atau menyimpan emas boleh menampung perbelanjaan haji dan umrah disamping dapat mengeluarkan zakat. Dengan peningkatan harga emas setiap tahun selari dengan peningkatan kos sara hidup, beli dan simpan emas adalah langkah yang terbaik bagi menampung kos perbelanjaan haji dan umrah.
masjidilharam
Graf dibawah menunjukkan carta harga emas dari tahun ke tahun (10 tahun) yang menunjukkan peningkatan harga komoditi tersebut, tanpa ragu-ragu emas adalah komoditi yang kalis inflasi (yang tiada susut nilai).
gold_10_year_o_usd
 

Fakta kenaikan harga emas : Purata 11% ;
Bagi Tahun 2002   2003   2004   2005   2006   2007   2008
% naik 9.50%    17.7%  10.2% 20.0% 3.40% 26.7% 12.9%USD_Line_5years_170x105

Berikut adalah fakta harga tambang haji dan umrah di Malaysia yang sentiasa mengalami kenaikan harga disebabkan kenaikan kos bahan api seperti gasoline. Tanpa fakta pun semua orang tahu bahawa kos mengerjakan haji sudah mengalami kenaikan harga yang kini hampir mencecah RM10K berbanding tahun sebelumnya dalam RM8K++.
bar3wshadowKesemua kos-kos ini boleh ditampung dengan membeli dan menyimpan emas. Emas sebagai alat atau aset pemegang nilai kekayaan yang tidak akan mengalami penyusutan nilai berbanding dengan kebanyakan komoditi yang lain yang tidak stabil malahan kita boleh lihat peningkatan harga emas setiap tahun.
zakatezakatSelepas kita membeli dan menyimpan emas, jangan kita abaikan tuntutan agama agar umatnya mengeluarkan zakat emas dan perak sekiranya kita ada menyimpan emas dan layak kena zakat adalah 85 gram/20 dinar dan cukup haul dan kadarnya adalah sebanyak 2.125 g /setengah dinar sahaja. Apa kebaikan mengeluarkan zakat? Ia akan menyuburkan lagi harta yang kita miliki…sebagaimana tanaman memerlukan baja, maka baja itu adalah zakat yang kita keluarkan dengan ikhlas dan rendah diri demi kerana Allah swt.
Keteguhan dan keutuhan nilai emas
Bagaimana duit emas ( dinar emas ) dapat mempertahankan simpanan kita ?
Katakan  kita menyimpan RM10,000 tunai dalam akaun bermula awal 2002. Selepas tiga tahun kuasa membeli anda pada akhir tahun akan berkurangan -RM681.36 atau – 6.8% selepas mengambil kira inflasi yang berlaku.
Tetapi jika kita menggunakan RM3,000 untuk membeli emas dan bakinya dalam akaun tunai, kuasa membeli kita meningkat sebanyak RM1,224.89 atau +12.2 %.
goldPowerKesimpulan
Simpanlah emas untuk pelaburan jangka panjang yang semestinya akan memberikan pulangan yang terbaik kepada pemiliknya, tiada penyesalan menyimpan emas tetapi seribu penyesalan bercampur perasaan terkilan  kerana tidak menyimpan emas.

Sejarah Harga Emas Setahun Lebih yang lalu

Harga yang dipaparkan disini bagi membolehkan pengunjung membuat perbandingan harga semasa dengan harga pada hari-hari yang lepas.
Harga pada 09/10/09 12:00 AM
  We Sell We Buy
20 gram RM 2519.00 RM 2368.00
50 gram RM 6269.00 RM 5924.00
100 gram RM 12479.00 RM 11855.00
1 kilogram  RM 124786.00   RM 118547.00 
 Harga di atas, berdasarkan kadar tukaran RM dengan USD pada : 8-Oct-09 jam 8:33:17AM iaitu;
  Selling Buying
1 US Dollar RM 3.4850 RM 3.3840

(Harga pada 07/10/09 6:10 PM)

  We Sell We Buy
20 gram RM 2527.00 RM 2375.00
50 gram RM 6289.00 RM 5943.00
100 gram RM 12518.00 RM 11892.00
1 kilogram  RM 125182.00   RM 118923.00 
Harga pada 06/07/09 6:40 PM
  Selling Price Buying Price
20 gram RM 2,244.00 RM 2,109.00
50 gram RM 5,583.00 RM 5,276.00
100 gram RM 11,114.00 RM 10,558.00
1 kilogram RM 111,142.00 RM 105,585.00
Harga pada 26/06/09 5:35 PM)

  Selling Price Buying Price
20 gram RM 2,285.00 RM 2,148.00
50 gram RM 5,686.00 RM 5,373.00
100 gram RM 11,319.00 RM 10,753.00
1 kilogram RM 113,192.00 RM 107,532.00

Harga pada 25/06/09 4:35 PM)

  Selling Price Buying Price
20 gram RM 2,275.00 RM 2,139.00
50 gram RM 5,662.00 RM 5,351.00
100 gram RM 11,270.00 RM 10,707.00
1 kilogram RM 112,702.00 RM 107,067.00

Harga pada 23/06/09 4:35 PM)

  Selling Price Buying Price
20 gram RM 2,230.00 RM 2,096.00
50 gram RM 5,549.00 RM 5,244.00
100 gram RM 11,046.00 RM 10,494.00
1 kilogram RM 110,465.00 RM 104,942.00

Harga pada 22/06/09 9:10 PM

Weight Selling Price Buying Price
20 gram RM 2,234.00 RM 2,100.00
50 gram RM 5,559.00 RM 5,253.00
100 gram RM 11,065.00 RM 10,512.00
1 kilogram RM110,652.00 RM 105,119.00
Harga pada 20/06/09 1:40 PM

Selling Price Buying Price
20 gram RM 2,274.00 RM 2,138.00
50 gram RM 5,658.00 RM 5,347.00
100 gram RM 11,263.00 RM 10,700.00
1 kilogram RM 112,625.00 RM 106,994.00

Harga pada 19/06/09 4:10 PM

Selling Price Buying Price
20 gram RM 2,262.00 RM 2,126.00
50 gram RM 5,629.00 RM 5,319.00
100 gram RM 11,205.00 RM 10,645.00
1 kilogram RM 112,048.00 RM 106,446.00

Harga pada 19/06/09 , 10:25 AM

Selling Price Buying Price
20 gram RM 2,278.00 RM 2,141.00
50 gram RM 5,668.00 RM 5,356.00
100 gram RM 11,283.00 RM 10,719.00
1 kilogram RM 112,826.00 RM 107,185.00

Harga pada 18/06/09 11:25 AM

Selling Price Buying Price
20 gram RM 2,258.00 RM 2,123.00
50 gram RM 5,620.00 RM 5,311.00
100 gram RM 11,186.00 RM 10,627.00
1 kilogram RM 111,865.00 RM 106,272.00

Harga pada 17/06/09 8:25 PM

Selling Price Buying Price
20 gram RM 2,257.00 RM 2,122.00
50 gram RM 5,616.00 RM 5,307.00
100 gram RM 11,179.00 RM 10,620.00
1 kilogram RM 111,795.00 RM 106,205.00

Tuesday, November 2, 2010

Apa kata Dato’ Salleh Majid berkenaan Pelaburan Emas

MINGGU ini saya bercerita sedikit tentang emas sebagai pelaburan. Sebenarnya emas sudah menjadi bahan pelaburan sejak harganya mula-mula diselaraskan pada tahun 1717 oleh Sir Isaac Newton.
Pada tahun 1971, emas tidak lagi terikat dengan Dolar Amerika dan diperdagangkan secara bebas. Pada 6 Oktober 2009 baru-baru ini, harga emas di pasaran emas dunia melonjak sebanyak AS$24.60 kepada AS$1,041.80 seauns sehari. Enam bulan dulu harga terendah emas ialah AS$868.70 dan setahun dulu harganya ialah AS$709.50 seauns. Dalam masa setahun harga emas naik sebanyak 46.8 peratus. Lima tahun dulu harga terendahnya ialah AS$412.10 iaitu kenaikan sebanyak 152.8 peratus. Secara purata seseorang yang melabur jangka panjang mendapat pulangan purata dalam masa lima tahun sebanyak 30.5 peratus. Rasanya pelaburan di pasaran saham sendiri tidak boleh memperolehi keuntungan sebanyak itu.
Tidak ramai yang sedar akan pulangan yang lumayan daripada pelaburan emas. Cara yang baik untuk melabur emas ialah dengan membeli syiling emas atau emas keping selain barang kemas. Untuk makluman, suatu auns bersamaan dengan 31.10 gram. Bagaimana pun harga jualan emas di institusi kewangan berbeza-beza kerana harga emas bukannya sesuatu yang terkawal. Banyak kos perkhidmatan seperti insurans diambil kira oleh institusi-institusi ini. Syiling dan emas keping ini boleh diperolehi di bank-bank seperti Maybank dan OUB. Ada juga yang menggunakan buku pas seperti Public Bank tetapi pelanggan tidak menyimpan dan melihat emas sebenarnya hanya jumlah dan harga semasa pembelian dimasukkan ke dalam buku pas. Kini ada pembelian dan penjualan boleh juga dilakukan dengan Koperasi Etika Emas yang mempunyai cawangan di seluruh negara.
Kenaikan harga emas tertakluk lazimnya atas tiga faktor utama. Pertama penyusutan nilai dolar Amerika. Apabila nilai dolar Amerika susut harga emas akan naik, apabila dolar Amerika stabil harga emas akan susut. Emas bertindak sebagai pelindung nilai menentang dolar Amerika. Pada masa ini dolar Amerika lemah dan menunjukkan tanda-tanda akan menjadi lebih lemah. Ada juga ura-ura negara Asia Barat dan China akan menggunakan mata wang lain selain dolar Amerika disebabkan kelemahan dolar Amerika ini. Walaupun peralihan kepada mata wang selain dolar Amerika (euro misalnya atau mata wang bentuk baru) bukan sesuatu yang boleh berlaku dengan segera, berita itu telah cukup untuk melonjakkan harga emas dunia.
Faktor kedua ialah harga emas akan naik selari dengan kadar inflasi. Apabila inflasi naik, harga emas akan naik selaras dengan inflasi. Dalam keadaan negara-negara di dunia termasuk kuasa-kuasa ekonomi besar menyuntik pakej rangsangan ekonomi dengan besar seperti AS$787 bilion pakej rangsangan Amerika Syarikat kesannya ialah peningkatan inflasi. Amerika hanya mengecap duitnya sesuka hati dan ini akan menyebabkan nilai duitnya akan turun.
Faktor ketiga ialah kenaikan harga petroleum akan menyebabkan harga emas naik selari dengan kenaikan kos penghasilan dan penghantaran barangan, jika harga petroleum jatuh. dijangka emas juga akan turun tetapi pada tahap minimum. Terdapat beberapa cara untuk melabur dalam bentuk emas dan diterangkan secara lengkap di dalam www.gold.org/value. Orang ramai boleh melabur secara langsung dengan membeli emas bulion (jongkong), syiling emas, dinar emas, atau secara tidak langsung melalui gold futures, options, waran atau sijil pelaburan. Salah satu cara paling popular dan cepat berkembang dalam sekuriti bursa di seluruh dunia yang dikenali dengan nama Gold ETF (Exchange Traded Fund). Antara bursa saham dunia yang menawarkan Gold ETF ialah di Australia, Amerika Syarikat, Perancis, Hong Kong, Jepun, Mexico, Afrika Selatan, Switzerland, Singapura, Turki dan United Kingdom. ETF ini dalam bentuk sekuriti dan disokong 100 peratus oleh emas secara fizikal. Pelaburan secara ini berkembang dengan pesat sehingga 38 peratus daripada pelaburan yang dikenal pasti terdiri daripada sekuriti bentuk ini. Di sini belum ada lagi Gold Emas ini diperdagangkan di bursa kita. Melihat pergolakan yang berlaku sekarang terutama sekali tergugatnya kedudukan Dolar Amerika ekoran krisis ekonomi yang berpunca di Amerika, daripada mereka dan merebak ke seluruh dunia. Orang ramai sudah tentu mencari sesuatu bentuk pelaburan yang lebih selamat daripada pergolakan harga.
DATO’ SALLEH MAJID ialah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia

‘Dolar seperti tisu tandas’– Dr. M

KUALA LUMPUR 1 Nov. – Penggunaan dinar emas perlu dipertimbangkan oleh semua kerajaan negara dunia kerana kestabilan nilainya berbanding penggunaan mata wang yang tidak menentu naik turunnya.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, langkah menggunakan dinar emas sebagai ganti mata wang utama seperti dolar Amerika Syarikat (AS) dalam pelbagai transaksi juga boleh menghentikan perang mata wang
Katanya, dolar AS kini sudah tidak bernilai seperti mana beberapa tahun dahulu dan penggunaan mata wang kertas juga tiada lagi sehebat sebelum krisis ekonomi pada tahun 1997/98 dan penggunaan dinar emas adalah jalan penyelesaian terbaik.
“Mata wang AS kini boleh dianggap sebagai tisu tandas kerana nilainya semakin menyusut dan tidak berharga berbanding emas yang diterima di semua negara dunia,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Dunia Pertama Mengenai Riba di sini hari ini.
Bagaimanapun, kata bekas Perdana Menteri itu, dinar emas tidak sesuai untuk digunakan dalam urus niaga runcit seperti mana hasrat Kerajaan Kelantan yang mahu menggunakan dinar emas dalam transaksi jual beli.
Mengulas lanjut kata beliau, penyusutan nilai dolar AS pada ketika ini menjadi satu masalah yang cukup besar kepada negara-negara yang menyimpan dan bergantung kepada nilai mata wang itu.
“Jika setiap negara menurunkan nilai mata wangnya, pasti akan ada perang mata wang dan sudah tentu, menyumbang kepada krisis,” katanya.
Beliau tetap berpegang bahawa emas mempunyai nilai kukuh dan merupakan nilai yang lebih baik berbanding mata wang.
“Mata wang tidak ada sokongan kecuali dicari oleh orang ramai. Sekiranya negara-negara mula menurunkan nilai mata wang mereka, akan berlaku kekecohan dalam perdagangan antarabangsa,” kata Dr. Mahathir.
Terdahulu dalam ucaptamanya, negara-negara Islam mesti membangunkan pengurusan sistem kewangan Islam yang berhemat. Ia mesti lebih baik berbanding sistem kewangan konvensional sedia ada, yang mampu menampung kejutan dan tidak dimanipulasi penyangak.
Dengan peserta industri mencari jalan untuk mencergaskan kewangan, sistem kewangan global sendiri amat memerlukan pengurusan yang sempurna, katanya.
“Saya jangka kewangan Islam akan berkembang, tetapi cabarannya ialah pengurusan berhemat dan sistem yang lebih baik. Jangan ikut sistem konvensional yang berurusan dalam segala bidang,” katanya.
Antara gesaan beliau kepada negara Islam ialah menggunakan dinar emas sebagai alternatif, bagi mengurangkan pergantungan terhadap dolar AS sebagai mata wang global untuk perdagangan.