Group Emas Kota Bharu menjual dan membeli balik dinar dan dirham Kelantan , produk Public Gold dan Public Dinar dan terbaru produk SRI AYU. Jenis barangan dan harga adalah seperti yang dipaparkan di dalam Blog ini. Harga yang ditawarkan adalah berdasarkan harga semasa yang dipengaruhi oleh harga emas dan perak dunia. Sesiapa yang berminat untuk membeli , menjual atau menjadi dealer boleh berhubung melalui no. 0193258257 atau hubungi ahli Group Emas Kota Bharu yang lain untuk keterangan lanjut.

Wednesday, March 2, 2011
DINAR DAN DIRHAM KELANTAN
Alhamdulillah... Setelah hampir 4 minggu menunggu tempahan , akhirnya stok Dinar Kelantan telah sampai. Kami di Kelantan hanya dapat memasarkannya paling awal pada petang Jumaat. Tapi tempahan kali ini tidak banyak dapat dibuat kerana harganya yang tengah tinggi ditambah pula banyak tempahan telah dibuat untuk emas PG yang begitu murah menjelang sambutan tahun Baru Cina baru-baru ini. Jadi Bajet telah lari.Bagi Dirham pula yang telah sekian lama ditunggu kenaikan harganya, baru hari ini harganya meningkat. Tapi kami tak sangka meningkat sehingga RM 3 untuk satu dirham.Kenaikan ini memberi lebih keyakinan kepada pembeli dan pengedar dirham terhadap mata wang ini yang bergerak seiring dengan harga perak dunia..Bagi mana-mana yang berminat untuk membeli dinar dan dirham Kelantan serta emas PG bolehlah berhubung dengan ahli Group Emas Kota Bharu yang nama dan no. telefon mereka ada disiarkan di sebelah kanan Blog ini. Wassalam
Ahli Baru Group Emas Kota Bharu
Kami ahli Group Emas Kota Bharu mengalu-alukan penyertaan ahli baru yang berdaftar dengan Group Emas Kota Bharu. Ahli baru yang dimaksudkan itu ialah saudara Muhamad Roslan Bin Mohmood . Beliau yang bertugas di Kuala Lumpur menjalankan perniagaan emas ini secara sambilan kerana terpikat dengan nilai emas itu sendiri yang memang diketahui tidak akan susut nilai malah mampu menyerap inflasi. Emas yang berfungsi sebagai penyimpan nilai harta akan mampu memberi pulangan yang lumayan dalam jangka masa panjang.
Bagi peminat emas yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur , Damansara , Tropicana dan Sg. Buloh yang berminat untuk membeli jongkong dan dinar emas PG bolehlah membeli emas tersebut daripada beliau dengan menghubungi tel. beliau iaitu 014-5050977.
Bagi peminat emas yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur , Damansara , Tropicana dan Sg. Buloh yang berminat untuk membeli jongkong dan dinar emas PG bolehlah membeli emas tersebut daripada beliau dengan menghubungi tel. beliau iaitu 014-5050977.
Subscribe to:
Posts (Atom)