Monday, August 22, 2011

Pengedar Profesional Produk Sri Ayu

       Alhamdulillah. Pada hari ini Group Emas Kota Bharu ( Che Radzuan Bin Ismail )  telah secara rasminya menjadi pengedar produk emas keluaran Syarikat Sri Ayu. Nama GEKB  telah pun dipamerkan dalam laman web Sri Ayu bagi meraih kepercayaan dan keyakinan bakal pembeli nanti.Usaha ini dipermudahkan lagi hasil kerjasama En Syakir , pengarah syarikat tersebut yang senang diajak berunding dan tidak cerewet dalam pengurusannya.Terima kasih saya ucapkan.
       Saya pasti selepas ini dealer-dealer di bawah Group Emas Kota Bharu , terutama PN. LIENASARI dan kakaknya  PN.DIANA BINTI ROSKELANA dan suaminya EN. ABDUL AZIZ akan bertambah sibuk dengan pelbagai produk yang ingin diniagakan. Terima kasih untuk mereka kerana banyak membantu saya memasarkan produk-produk tersebut.
      Buat seketika Dinar Kelantan terhenti pengedarannya kerana kehabisan stok. Bukan sahaja Group Emas Kota Bharu kehabisan stok malah KGT juga telah terputus bekalan daripada Dubai. Keadaan ini menyebabkan pembeli-pembeli yang sudah biasa berurusan dengan kami terpaksa  menunggu untuk satu tempoh yang belum dapat dipastikan lagi bila akan sampai. Keadaan lebih rumit apabila harganya terus meningkat menyebabkan wakalah tidak berani membuat tempahan. Keadaan yang tidak menentu dalam pasaran harga emas sekarang membuatkan semua pihak perlu berhati-hati dalam tindakan kerana perniagaan ini melibatkan ratusan ribu ringgit. Silap bacaan pasti akan menggigit jari Walau bagaimanapun , bekalan dan permintaan untuk Dirham masih mampu dipenuhi oleh GEKB.
      Akhir sekali , saya berharap agar para pembeli yang sudah biasa berurusan dengan ahli-ahli Group Emas Kota Bharu terus memberi sokongan dan kepercayaan kepada kami untuk meluaskan lagi perniagaan kami. Kepercayaan yang anda berikan itu akan kami balas dengan kejujuran dalam urusniga kami.
      Semoga emas dan perak akan mengikat hubungan persahabatan antara kita. Wassalam.







 

Sunday, May 8, 2011

Bagaimana Ingin Menjadi Pengedar Dinar dan Dirham Kelantan ?

Assalamualaikum ...
  Sejak akhir-akhir ini saya banyak mendapat panggilan telefon bertanyakan cara untuk menjadi pengedar Dinar dan Dirham Kelantan. Justeru ,saya menerangkannya secara terperinci melalui blog ini. Langkah yang perlu dilakukan sekiranya anda berminat untuk menjadi pengedar Dinar dan Dirham Kelantan ialah seperti berikut ;
     i. Anda perlu berhubung dengan saya ( Radzuan Ismail ) atau Pn. Diana , atau En. Aziz ataupun Pn. Linasari ( no. tel ada di tepi sebelah kanan blog ini )  untuk membuat tempahan Dinar dan Dirham atau pun mana-mana     satu yang anda berkenan dalam jumlah tidak kurang RM 20 k. Tempahan hendaklah dibayar tunai dan   nyatakan denominasi dan berapa kuantitinya. Contohnya , untuk dinar ada denominasi 1/2 d , 1 d, 2 d, 5 d , 8 d. Manakala untuk Dirham ada denominasi 1 d , 2 d , 5 d , 10 d, dan 20 d. Tarikh untuk membuat tempahan akan diberitahu kepada anda atau anda perlu bertanya kerana KGT hanya membuka tempahan 1 kali sebulan.

  ii.   Setelah selesai membuat tempahan dan pembayaran , anda  diminta  menunggu antara 1 minggu hingga  2  minggu stok anda itu. Masa diambil agak lama sedikit kerana stok dicetak di Dubai. Maka banyak  urusan perlu dibuat sebelum stok sampai ke tangan anda.Dalam hal ini banyak pihak yang tidak berani untuk menjadi pengedar kerana wang perlu diserah terlebih dahulu sebelum mendapat stok. Lagipun ada yang ragu-ragu dengan kami. Bagi saya mudah saja. Kalau tidak yakin , tak perlu berurusan kerana saya tidak tahu bagaimana hendak menunjukkan keikhlasan atau kejujuran kepada anda.

iii.   Apabila stok sampai , anda akan dimaklumkan untuk mengambil stok tersebut atau kami kurier dengan  kos ditanggung oleh anda. Anda akan diberi komisen mengikut  jumlah pembelian anda itu. Anda juga diminta mengedarnya mengikut harga Web  http://islamicmint.com.my/

    Bagi sesiapa yang berminat untuk menjadi pengedar dan berasa ragu-ragu , sila berhubung dengan pengedar-pengedar dalam senarai di sebelah kanan blog ini untuk bertanya sekiranya mereka bermasalah berurusan dengan kami. Diharapkan anada berpuas hati dengan penerangan ini.
Wassalam

Penurunan Harga Perak di Pasaran Dunia

        Pada minggu ini berlaku penurunan yang sangat ketara bagi harga perak . Daripada USD 49 pada minggu sebelumnya telah menjunam ke USD 35.62 pada awal pagi Sabtu,7 Mei 2011. Walau bagaimanapun banyak blog yang memperkatakan bahawa penurunan ini bersifat sementara kerana kenaikannya yang berterusan daripada tahun lepas sehingga akhir April 2011 telah menyebabkan pelabur-pelabur lama mula menjualnya untuk mengambil untung yang menyumbang kepada lambakan perak di pasaran. Harga perak juga terjejas kerana pengukuhan mata wang US , kematian Osama dan ditambah pula dengan penjualan stok oleh Gorge Soros http://www.kitco.com/reports/.
   Bagi pelabur-pelabur yang bijak , mereka akan menambah stok mereka pada masa ini atau kalau bimbang harganya akan terus mengelungsur turun , mereka boleh membelinya secara kecil-kecilan atau sedikit-sedikit tetapi konsisten sehingga harganya kembali stabil. Sila rujuk http://www.commodityonline.com/news/Accumulate-as-much-silver-as-you-can-38824-3-1.html
     Walaupun berlaku penurunan pada harga perak di pasaran dunia tetapi tidak menejejaskan harga Dirham Kelantan kerana harga Dirham telah diikat pada harga RM 30 satu dirham.Hal ini berlaku supaya tidak berlaku kecelaruan atau menyusahkan urusan muamalat. Walau bagaimana pun saya percaya harganya akan mengikut pasaran apabila selesainya trend menurun dan harga perak kembali stabil.Pada kebiasaannya , harga perak dan emas akan berkait rapat. Dalam hal ini ramalan mengatakan harga emas akan meningkat tinggi dalam masa terdekat. Sila rujuk http://www.commodityonline.com/news/Gold-prices-seen-rising-next-week-Kitco-Gold-Survey-38825-3-1.html
Jadi, jangan panik. Teruslah membuat pembelian dan menyimpan untuk melindungi harta anda.

Wednesday, March 2, 2011

DINAR DAN DIRHAM KELANTAN

Alhamdulillah... Setelah hampir 4 minggu menunggu tempahan , akhirnya stok Dinar Kelantan telah sampai. Kami di Kelantan hanya dapat memasarkannya paling awal pada petang Jumaat. Tapi tempahan kali ini tidak banyak dapat dibuat kerana harganya yang tengah tinggi ditambah pula banyak tempahan telah dibuat untuk emas PG yang begitu murah menjelang sambutan tahun Baru Cina baru-baru ini. Jadi Bajet telah lari.Bagi Dirham pula yang telah sekian lama ditunggu kenaikan harganya, baru hari ini harganya meningkat. Tapi kami tak sangka meningkat sehingga RM 3 untuk satu dirham.Kenaikan ini memberi lebih keyakinan kepada pembeli dan pengedar dirham terhadap mata wang ini yang bergerak seiring dengan harga perak dunia..Bagi mana-mana yang berminat untuk membeli dinar dan dirham Kelantan serta emas PG bolehlah berhubung dengan ahli Group Emas Kota Bharu yang nama dan no. telefon mereka ada disiarkan di sebelah kanan Blog ini. Wassalam

Ahli Baru Group Emas Kota Bharu

Kami ahli Group Emas Kota Bharu mengalu-alukan penyertaan ahli baru yang berdaftar dengan Group Emas Kota Bharu. Ahli baru yang dimaksudkan itu ialah saudara Muhamad Roslan Bin Mohmood . Beliau yang bertugas di Kuala Lumpur menjalankan perniagaan emas ini secara sambilan  kerana terpikat dengan nilai emas itu sendiri yang memang diketahui tidak  akan susut nilai malah mampu menyerap inflasi. Emas yang berfungsi sebagai penyimpan nilai harta akan mampu memberi pulangan yang lumayan dalam jangka masa panjang.
       Bagi peminat emas yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur , Damansara , Tropicana dan Sg. Buloh yang berminat untuk membeli jongkong dan dinar emas PG bolehlah membeli emas tersebut daripada beliau dengan menghubungi tel. beliau iaitu 014-5050977.