Sunday, May 8, 2011

Bagaimana Ingin Menjadi Pengedar Dinar dan Dirham Kelantan ?

Assalamualaikum ...
  Sejak akhir-akhir ini saya banyak mendapat panggilan telefon bertanyakan cara untuk menjadi pengedar Dinar dan Dirham Kelantan. Justeru ,saya menerangkannya secara terperinci melalui blog ini. Langkah yang perlu dilakukan sekiranya anda berminat untuk menjadi pengedar Dinar dan Dirham Kelantan ialah seperti berikut ;
     i. Anda perlu berhubung dengan saya ( Radzuan Ismail ) atau Pn. Diana , atau En. Aziz ataupun Pn. Linasari ( no. tel ada di tepi sebelah kanan blog ini )  untuk membuat tempahan Dinar dan Dirham atau pun mana-mana     satu yang anda berkenan dalam jumlah tidak kurang RM 20 k. Tempahan hendaklah dibayar tunai dan   nyatakan denominasi dan berapa kuantitinya. Contohnya , untuk dinar ada denominasi 1/2 d , 1 d, 2 d, 5 d , 8 d. Manakala untuk Dirham ada denominasi 1 d , 2 d , 5 d , 10 d, dan 20 d. Tarikh untuk membuat tempahan akan diberitahu kepada anda atau anda perlu bertanya kerana KGT hanya membuka tempahan 1 kali sebulan.

  ii.   Setelah selesai membuat tempahan dan pembayaran , anda  diminta  menunggu antara 1 minggu hingga  2  minggu stok anda itu. Masa diambil agak lama sedikit kerana stok dicetak di Dubai. Maka banyak  urusan perlu dibuat sebelum stok sampai ke tangan anda.Dalam hal ini banyak pihak yang tidak berani untuk menjadi pengedar kerana wang perlu diserah terlebih dahulu sebelum mendapat stok. Lagipun ada yang ragu-ragu dengan kami. Bagi saya mudah saja. Kalau tidak yakin , tak perlu berurusan kerana saya tidak tahu bagaimana hendak menunjukkan keikhlasan atau kejujuran kepada anda.

iii.   Apabila stok sampai , anda akan dimaklumkan untuk mengambil stok tersebut atau kami kurier dengan  kos ditanggung oleh anda. Anda akan diberi komisen mengikut  jumlah pembelian anda itu. Anda juga diminta mengedarnya mengikut harga Web  http://islamicmint.com.my/

    Bagi sesiapa yang berminat untuk menjadi pengedar dan berasa ragu-ragu , sila berhubung dengan pengedar-pengedar dalam senarai di sebelah kanan blog ini untuk bertanya sekiranya mereka bermasalah berurusan dengan kami. Diharapkan anada berpuas hati dengan penerangan ini.
Wassalam

Penurunan Harga Perak di Pasaran Dunia

        Pada minggu ini berlaku penurunan yang sangat ketara bagi harga perak . Daripada USD 49 pada minggu sebelumnya telah menjunam ke USD 35.62 pada awal pagi Sabtu,7 Mei 2011. Walau bagaimanapun banyak blog yang memperkatakan bahawa penurunan ini bersifat sementara kerana kenaikannya yang berterusan daripada tahun lepas sehingga akhir April 2011 telah menyebabkan pelabur-pelabur lama mula menjualnya untuk mengambil untung yang menyumbang kepada lambakan perak di pasaran. Harga perak juga terjejas kerana pengukuhan mata wang US , kematian Osama dan ditambah pula dengan penjualan stok oleh Gorge Soros http://www.kitco.com/reports/.
   Bagi pelabur-pelabur yang bijak , mereka akan menambah stok mereka pada masa ini atau kalau bimbang harganya akan terus mengelungsur turun , mereka boleh membelinya secara kecil-kecilan atau sedikit-sedikit tetapi konsisten sehingga harganya kembali stabil. Sila rujuk http://www.commodityonline.com/news/Accumulate-as-much-silver-as-you-can-38824-3-1.html
     Walaupun berlaku penurunan pada harga perak di pasaran dunia tetapi tidak menejejaskan harga Dirham Kelantan kerana harga Dirham telah diikat pada harga RM 30 satu dirham.Hal ini berlaku supaya tidak berlaku kecelaruan atau menyusahkan urusan muamalat. Walau bagaimana pun saya percaya harganya akan mengikut pasaran apabila selesainya trend menurun dan harga perak kembali stabil.Pada kebiasaannya , harga perak dan emas akan berkait rapat. Dalam hal ini ramalan mengatakan harga emas akan meningkat tinggi dalam masa terdekat. Sila rujuk http://www.commodityonline.com/news/Gold-prices-seen-rising-next-week-Kitco-Gold-Survey-38825-3-1.html
Jadi, jangan panik. Teruslah membuat pembelian dan menyimpan untuk melindungi harta anda.