Sunday, May 8, 2011

Penurunan Harga Perak di Pasaran Dunia

        Pada minggu ini berlaku penurunan yang sangat ketara bagi harga perak . Daripada USD 49 pada minggu sebelumnya telah menjunam ke USD 35.62 pada awal pagi Sabtu,7 Mei 2011. Walau bagaimanapun banyak blog yang memperkatakan bahawa penurunan ini bersifat sementara kerana kenaikannya yang berterusan daripada tahun lepas sehingga akhir April 2011 telah menyebabkan pelabur-pelabur lama mula menjualnya untuk mengambil untung yang menyumbang kepada lambakan perak di pasaran. Harga perak juga terjejas kerana pengukuhan mata wang US , kematian Osama dan ditambah pula dengan penjualan stok oleh Gorge Soros http://www.kitco.com/reports/.
   Bagi pelabur-pelabur yang bijak , mereka akan menambah stok mereka pada masa ini atau kalau bimbang harganya akan terus mengelungsur turun , mereka boleh membelinya secara kecil-kecilan atau sedikit-sedikit tetapi konsisten sehingga harganya kembali stabil. Sila rujuk http://www.commodityonline.com/news/Accumulate-as-much-silver-as-you-can-38824-3-1.html
     Walaupun berlaku penurunan pada harga perak di pasaran dunia tetapi tidak menejejaskan harga Dirham Kelantan kerana harga Dirham telah diikat pada harga RM 30 satu dirham.Hal ini berlaku supaya tidak berlaku kecelaruan atau menyusahkan urusan muamalat. Walau bagaimana pun saya percaya harganya akan mengikut pasaran apabila selesainya trend menurun dan harga perak kembali stabil.Pada kebiasaannya , harga perak dan emas akan berkait rapat. Dalam hal ini ramalan mengatakan harga emas akan meningkat tinggi dalam masa terdekat. Sila rujuk http://www.commodityonline.com/news/Gold-prices-seen-rising-next-week-Kitco-Gold-Survey-38825-3-1.html
Jadi, jangan panik. Teruslah membuat pembelian dan menyimpan untuk melindungi harta anda.

No comments:

Post a Comment