Monday, August 22, 2011

Pengedar Profesional Produk Sri Ayu

       Alhamdulillah. Pada hari ini Group Emas Kota Bharu ( Che Radzuan Bin Ismail )  telah secara rasminya menjadi pengedar produk emas keluaran Syarikat Sri Ayu. Nama GEKB  telah pun dipamerkan dalam laman web Sri Ayu bagi meraih kepercayaan dan keyakinan bakal pembeli nanti.Usaha ini dipermudahkan lagi hasil kerjasama En Syakir , pengarah syarikat tersebut yang senang diajak berunding dan tidak cerewet dalam pengurusannya.Terima kasih saya ucapkan.
       Saya pasti selepas ini dealer-dealer di bawah Group Emas Kota Bharu , terutama PN. LIENASARI dan kakaknya  PN.DIANA BINTI ROSKELANA dan suaminya EN. ABDUL AZIZ akan bertambah sibuk dengan pelbagai produk yang ingin diniagakan. Terima kasih untuk mereka kerana banyak membantu saya memasarkan produk-produk tersebut.
      Buat seketika Dinar Kelantan terhenti pengedarannya kerana kehabisan stok. Bukan sahaja Group Emas Kota Bharu kehabisan stok malah KGT juga telah terputus bekalan daripada Dubai. Keadaan ini menyebabkan pembeli-pembeli yang sudah biasa berurusan dengan kami terpaksa  menunggu untuk satu tempoh yang belum dapat dipastikan lagi bila akan sampai. Keadaan lebih rumit apabila harganya terus meningkat menyebabkan wakalah tidak berani membuat tempahan. Keadaan yang tidak menentu dalam pasaran harga emas sekarang membuatkan semua pihak perlu berhati-hati dalam tindakan kerana perniagaan ini melibatkan ratusan ribu ringgit. Silap bacaan pasti akan menggigit jari Walau bagaimanapun , bekalan dan permintaan untuk Dirham masih mampu dipenuhi oleh GEKB.
      Akhir sekali , saya berharap agar para pembeli yang sudah biasa berurusan dengan ahli-ahli Group Emas Kota Bharu terus memberi sokongan dan kepercayaan kepada kami untuk meluaskan lagi perniagaan kami. Kepercayaan yang anda berikan itu akan kami balas dengan kejujuran dalam urusniga kami.
      Semoga emas dan perak akan mengikat hubungan persahabatan antara kita. Wassalam.







 

No comments:

Post a Comment

Post a Comment