
Graf dibawah menunjukkan carta harga emas dari tahun ke tahun (10 tahun) yang menunjukkan peningkatan harga komoditi tersebut, tanpa ragu-ragu emas adalah komoditi yang kalis inflasi (yang tiada susut nilai).

Fakta kenaikan harga emas : Purata 11% ;
Bagi Tahun 2002 2003 2004 2005 2006 2007 2008
% naik 9.50% 17.7% 10.2% 20.0% 3.40% 26.7% 12.9%

Berikut adalah fakta harga tambang haji dan umrah di Malaysia yang sentiasa mengalami kenaikan harga disebabkan kenaikan kos bahan api seperti gasoline. Tanpa fakta pun semua orang tahu bahawa kos mengerjakan haji sudah mengalami kenaikan harga yang kini hampir mencecah RM10K berbanding tahun sebelumnya dalam RM8K++.



Keteguhan dan keutuhan nilai emas
Bagaimana duit emas ( dinar emas ) dapat mempertahankan simpanan kita ?
Katakan kita menyimpan RM10,000 tunai dalam akaun bermula awal 2002. Selepas tiga tahun kuasa membeli anda pada akhir tahun akan berkurangan -RM681.36 atau – 6.8% selepas mengambil kira inflasi yang berlaku.
Tetapi jika kita menggunakan RM3,000 untuk membeli emas dan bakinya dalam akaun tunai, kuasa membeli kita meningkat sebanyak RM1,224.89 atau +12.2 %.

Simpanlah emas untuk pelaburan jangka panjang yang semestinya akan memberikan pulangan yang terbaik kepada pemiliknya, tiada penyesalan menyimpan emas tetapi seribu penyesalan bercampur perasaan terkilan kerana tidak menyimpan emas.
No comments:
Post a Comment