Group Emas Kota Bharu menjual dan membeli balik dinar dan dirham Kelantan , produk Public Gold dan Public Dinar dan terbaru produk SRI AYU. Jenis barangan dan harga adalah seperti yang dipaparkan di dalam Blog ini. Harga yang ditawarkan adalah berdasarkan harga semasa yang dipengaruhi oleh harga emas dan perak dunia. Sesiapa yang berminat untuk membeli , menjual atau menjadi dealer boleh berhubung melalui no. 0193258257 atau hubungi ahli Group Emas Kota Bharu yang lain untuk keterangan lanjut.

Tuesday, November 30, 2010
Dirham Kelantan di Ekspo Cheng Ho - Kota Bharu
Syukur ke hadrat Ilahhi kerana sepanjang 6 hari kami menyertai ekspo Cheng Ho yang bertempat di pekarangan Stadium Sultan Muhamad ke IV Kota Bharu , sambutan yang diberikan terhadap jualan Dirham Kelantan sangat menggalakkan baik daripada penduduk negeri Kelantan sendiri mahupun daripada pelancong-pelancong luar. Tempoh 21 November hingga 26 November memberi impak yang baik terhadap pembeli mahupun pengguna Dirham Kelantan di Kelantan. Cuma kami agak ralat sedikit kerana Dinar Kelantan tidak dapat dijual pada hari berkenaan kerana masalah teknikal yang menyebabkan dinar tidak dapat dibawa balik dari Dubai serentak dengan Dirham. Walau bagaimanapun ada hikmah di sebaliknya. Kalau dinar dan dirham dapat dijual pada hari yang sama , sudah tentu kami tidak termampu melayan pelanggan yang bertali arus dari pagi hingga malam.Justeru ,kelewatan dinar sampai ( hingga hari ini kami masih menanti )kami terima dengan positif.
Kepada pelanggan-pelanggan kami yang telah membuat tempahan sama ada untuk menjadi pengedar mahupun untuk simpanan sendiri , kami minta agar terus bersabar.Kelewatan ini di luar kawalan kami. Pinta kami agar anda semua terus memberi sokongan terhadap usaha kerajaan negeri Kelantan untuk menghidupkan kembali sunah nabi dalam sistem muamalat kita melalui penggunaan dinar dan dirham.Insyaalah.Bagi pelanggan-pelanggan yang berminat untuk menambah koleksi dirham dan ingin menempah serta menjadi pengedar dinar dan dirham Kelantan, anda boleh menghubungi saya melalui talian 019-3258257 atau menghubungi Group Emas Kota Bharu yang lain.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment