Group Emas Kota Bharu menjual dan membeli balik dinar dan dirham Kelantan , produk Public Gold dan Public Dinar dan terbaru produk SRI AYU. Jenis barangan dan harga adalah seperti yang dipaparkan di dalam Blog ini. Harga yang ditawarkan adalah berdasarkan harga semasa yang dipengaruhi oleh harga emas dan perak dunia. Sesiapa yang berminat untuk membeli , menjual atau menjadi dealer boleh berhubung melalui no. 0193258257 atau hubungi ahli Group Emas Kota Bharu yang lain untuk keterangan lanjut.
Tuesday, November 9, 2010
Friday, November 5, 2010
Teknik 4- Membuat Keuntungan Dengan Emas Fizikal
Baiklah, sekarang saya ingin berkongsi teknik menjana keuntungan dengan menggunakan emas fizikal.
Sesiapa yang dah beli emas fizikal, tahniah! teknik ini untuk anda. Bagi yang tak ada emas fizikal @ buat pelaburan dengan akaun GIA atau Maybank Gold Saving passbook, teknik ini anda tak boleh buat. Untuk pengetahuan anda semua, saya sering kali menerima soalan seperti berikut”
“En. Wan, sesuai ker saya beli emas sekarang nie?
Nampak harga emas tengah mahal nie?”
(soalan yang ditanya ketika harga emas di dalam trend menaik)
Jawapan standard yang saya akan berikan ialah:
“Kalau anda nak beli GIA, tunggu dulu sebab harga tengah tinggi. Tapi kalau nak beli emas fizikal, then beli ajer.. tak payah tunggu-tunggu”
Apakah rahsia di sebalik jawapan saya ini? Kenapa kalau emas GIA saya suruh hold dulu dan tunggu harga murah?
Tapi kalau nak beli emas fizikal saya suruh beli ajer?
JAWAPANNYA.
Emas fizikal ini banyak keistimewaannya. Setiap kali anda membeli emas fizikal, anda telah membuat pelaburan yang sangat tepat dan terbaik. Jadi, walaupun anda beli emas fizikal pada harga tinggi, anda tetap untung kerana ia boleh dipajak. Akaun simpanan emas seperti GIA dan Maybank GSPA (beli emas atas kertas) cuma boleh untung dengan beli harga murah, jual harga tinggi.

Pajak memang tak boleh. Tapi emas fizikal nie… beli murah ker.. mahal ker.. memang boleh buat untung. Bagaimana caranya? Di sini saya ingin ajar 2 teknik membuat keuntungan menggunakan emas fizikal
.
.
Teknik 1: Pajak emas fizikal dan masuk GIA
Teknik 2: Pajak emas dan beli lagi emas fizikal kemudian pajak, kemudian beli emas fizikal lagi.
Teknik 2: Pajak emas dan beli lagi emas fizikal kemudian pajak, kemudian beli emas fizikal lagi.
Kalau anda faham betul-betul, saya gerenti anda akan buat keuntungan. Banyak atau sikit keuntungan bergantung kepada modal anda dan entry point anda. Kalau modal kecil, untung pun kecil. Kalau modal besar, untung pun besar. Selain itu, ia juga bergantung kepada setinggi mana harga emas akan naik.
TEKNIK 1 : PAJAK EMAS FIZIKAL DAN MASUK GIA
- Ketika harga emas rendah, pajakkan emas anda di Ar-Rahnu
- Hasil duit pajakan, gunakan semuanya untuk membeli emas GIA Public Bank
- Bila harga dah naik, jual emas GIA dan tebus semula emas di Ar-Rahnu
- Kira keuntungan anda
- Ketika harga emas rendah, pajakkan emas anda di Ar-Rahnu
- Beli lagi emas fizikal menggunakan hasil duit pajak
- Pajak semula emas fizikal dan beli lagi emas fizikal menggunakan hasil duit pajak (Boleh ulang-ulang proses ni jika modal besar tapi nasihat saya jangan melebihi 3 kali pajak)
- Bila harga emas dah naik, emas yang ada di tangan jual pada harga yang tinggi
- Tebus semula emas satu persatu sehingga kesemua emas di Ar-Rahnu dapat ditebus
- Kira keuntungan anda
Emas yang sesuai dibeli hasil pajakan ini ialah gold bar Public Gold dan syiling Kijang Emas. Ini kerana kedua-dua jenis emas ini mudah dijual balik serta mempunyai spread yang rendah. Untuk teknik ini, anda boleh dapat keuntungan yang lebih besar daripada teknik 1. Tapi risiko adalah lebih besar sedikit. In case harga tak naik seperti yang dijangka, maka kita kena tanggung upah simpan kat Ar-Rahnu. Jadi, pastikan kita ada simpanan tunai
Faktor Kenaikan Harga Emas
Sebenarnya emas sudah menjadi bahan pelaburan sejak harganya mula-mula diselaraskan pada tahun 1717 oleh Sir Isaac Newton.Pada tahun 1971, emas tidak lagi terikat dengan Dolar Amerika dan diperdagangkan secara bebas. Mengambil data harga emas paling rendah pada 5 February 2010 iaitu USD1,060 seauns sehingga 9 Jun 2010 baru-baru ini, harga emas di pasaran emas dunia melonjak sebanyak AS$190 kepada AS$1,250 seauns.
Enam bulan dulu harga terendah emas ialah AS$1,080 dan setahun dulu pada 23 Jun 2009, harganya ialah AS$920 seauns. Dalam masa setahun harga emas naik sebanyak 35.8 peratus. Data harga emas anda boleh dapati di www.kitco.com
Tidak ramai yang sedar akan pulangan yang lumayan daripada pelaburan emas. Cara yang baik untuk melabur emas ialah dengan membeli syiling emas atau emas keping selain barang kemas.
Untuk makluman, satu auns (oz) bersamaan dengan 31.10 gram. Bagaimana pun harga jualan emas di institusi kewangan berbeza-beza kerana harga emas bukannya sesuatu yang terkawal.
Banyak kos perkhidmatan seperti insurans diambil kira oleh institusi-institusi ini. Syiling dan emas keping ini boleh diperolehi di bank-bank seperti Maybank, OUB dan Public Gold sendiri.
Ada juga yang menggunakan buku pas seperti Public Bank tetapi pelanggan tidak menyimpan dan melihat emas sebenarnya hanya jumlah dan harga semasa pembelian dimasukkan ke dalam buku pas.
Kenaikan harga emas tertakluk lazimnya atas tiga faktor utama iaitu:
Amerika hanya mengecap duitnya sesuka hati dan ini akan menyebabkan nilai duitnya akan turun.
Salah satu cara paling popular dan cepat berkembang dalam sekuriti bursa di seluruh dunia yang dikenali dengan nama Gold ETF (Exchange Traded Fund).
Antara bursa saham dunia yang menawarkan Gold ETF ialah di Australia, Amerika Syarikat, Perancis, Hong Kong, Jepun, Mexico, Afrika Selatan, Switzerland, Singapura, Turki dan United Kingdom. ETF ini dalam bentuk sekuriti dan disokong 100 peratus oleh emas secara fizikal.
Pelaburan secara ini berkembang dengan pesat sehingga 38 peratus daripada pelaburan yang dikenal pasti terdiri daripada sekuriti bentuk ini. Di sini belum ada lagi Gold Emas ini diperdagangkan di bursa kita.
Melihat pergolakan yang berlaku sekarang terutama sekali tergugatnya kedudukan Dolar Amerika ekoran krisis ekonomi yang berpunca di Amerika, daripada mereka dan merebak ke seluruh dunia terutamanya di Eropah baru-baru ini. Orang ramai sudah tentu mencari sesuatu bentuk pelaburan yang lebih selamat daripada pergolakan harga.
Jadi , bagi sesiapa yang dah mendapat idea untuk memiliki dan melabur dalam emas ini bolehlah hubungi Group Emas Kota Bharu - 0193258257
Wassalam
Harga terendah tahun 2010 pada 5 Februari 2010
Harga tertinggi pernah dicatatkan USD 1,250/oz
Jun 2009
Jun 2010
Secara purata seseorang yang melabur jangka panjang mendapat pulangan purata dalam masa lima tahun sebanyak 30.5 peratus. Rasanya pelaburan di pasaran saham sendiri tidak boleh memperolehi keuntungan sebanyak itu.Tidak ramai yang sedar akan pulangan yang lumayan daripada pelaburan emas. Cara yang baik untuk melabur emas ialah dengan membeli syiling emas atau emas keping selain barang kemas.
Untuk makluman, satu auns (oz) bersamaan dengan 31.10 gram. Bagaimana pun harga jualan emas di institusi kewangan berbeza-beza kerana harga emas bukannya sesuatu yang terkawal.
Banyak kos perkhidmatan seperti insurans diambil kira oleh institusi-institusi ini. Syiling dan emas keping ini boleh diperolehi di bank-bank seperti Maybank, OUB dan Public Gold sendiri.
Ada juga yang menggunakan buku pas seperti Public Bank tetapi pelanggan tidak menyimpan dan melihat emas sebenarnya hanya jumlah dan harga semasa pembelian dimasukkan ke dalam buku pas.
Kenaikan harga emas tertakluk lazimnya atas tiga faktor utama iaitu:
Pertama penyusutan nilai dolar Amerika. Apabila nilai dolar Amerika susut harga emas akan naik, apabila dolar Amerika stabil harga emas akan susut.Ada juga ura-ura negara Asia Barat dan China akan menggunakan mata wang lain selain dolar Amerika disebabkan kelemahan dolar Amerika ini. Walaupun peralihan kepada mata wang selain dolar Amerika (euro misalnya atau mata wang bentuk baru) bukan sesuatu yang boleh berlaku dengan segera, berita itu telah cukup untuk melonjakkan harga emas dunia.
Emas bertindak sebagai pelindung nilai menentang dolar Amerika. Pada masa ini dolar Amerika lemah dan menunjukkan tanda-tanda akan menjadi lebih lemah.
Faktor kedua ialah harga emas akan naik selari dengan kadar inflasi. Apabila inflasi naik, harga emas akan naik selaras dengan inflasi.Dalam keadaan negara-negara di dunia termasuk kuasa-kuasa ekonomi besar menyuntik pakej rangsangan ekonomi dengan besar seperti AS$787 bilion pakej rangsangan Amerika Syarikat kesannya ialah peningkatan inflasi.
Amerika hanya mengecap duitnya sesuka hati dan ini akan menyebabkan nilai duitnya akan turun.
Faktor ketiga ialah kenaikan harga petroleum akan menyebabkan harga emas naik selari dengan kenaikan kos penghasilan dan penghantaran barangan, jika harga petroleum jatuh. dijangka emas juga akan turun tetapi pada tahap minimum.Terdapat beberapa cara untuk melabur dalam bentuk emas dan diterangkan secara lengkap di dalam www.gold.org/value. Orang ramai boleh melabur secara langsung dengan membeli emas bulion (jongkong), syiling emas, dinar emas, atau secara tidak langsung melalui gold futures, options, waran atau sijil pelaburan.
Salah satu cara paling popular dan cepat berkembang dalam sekuriti bursa di seluruh dunia yang dikenali dengan nama Gold ETF (Exchange Traded Fund).
Antara bursa saham dunia yang menawarkan Gold ETF ialah di Australia, Amerika Syarikat, Perancis, Hong Kong, Jepun, Mexico, Afrika Selatan, Switzerland, Singapura, Turki dan United Kingdom. ETF ini dalam bentuk sekuriti dan disokong 100 peratus oleh emas secara fizikal.
Pelaburan secara ini berkembang dengan pesat sehingga 38 peratus daripada pelaburan yang dikenal pasti terdiri daripada sekuriti bentuk ini. Di sini belum ada lagi Gold Emas ini diperdagangkan di bursa kita.
Melihat pergolakan yang berlaku sekarang terutama sekali tergugatnya kedudukan Dolar Amerika ekoran krisis ekonomi yang berpunca di Amerika, daripada mereka dan merebak ke seluruh dunia terutamanya di Eropah baru-baru ini. Orang ramai sudah tentu mencari sesuatu bentuk pelaburan yang lebih selamat daripada pergolakan harga.
Jadi , bagi sesiapa yang dah mendapat idea untuk memiliki dan melabur dalam emas ini bolehlah hubungi Group Emas Kota Bharu - 0193258257
Wassalam
Wednesday, November 3, 2010
Pelaburan Emas Dapat Mengatasi Masalah Kos Haji dan Umrah Yang Semakin Meningkat
Pelaburan atau menyimpan emas boleh menampung perbelanjaan haji dan umrah disamping dapat mengeluarkan zakat. Dengan peningkatan harga emas setiap tahun selari dengan peningkatan kos sara hidup, beli dan simpan emas adalah langkah yang terbaik bagi menampung kos perbelanjaan haji dan umrah.

Graf dibawah menunjukkan carta harga emas dari tahun ke tahun (10 tahun) yang menunjukkan peningkatan harga komoditi tersebut, tanpa ragu-ragu emas adalah komoditi yang kalis inflasi (yang tiada susut nilai).

Fakta kenaikan harga emas : Purata 11% ;
Bagi Tahun 2002 2003 2004 2005 2006 2007 2008
% naik 9.50% 17.7% 10.2% 20.0% 3.40% 26.7% 12.9%
Berikut adalah fakta harga tambang haji dan umrah di Malaysia yang sentiasa mengalami kenaikan harga disebabkan kenaikan kos bahan api seperti gasoline. Tanpa fakta pun semua orang tahu bahawa kos mengerjakan haji sudah mengalami kenaikan harga yang kini hampir mencecah RM10K berbanding tahun sebelumnya dalam RM8K++.
Kesemua kos-kos ini boleh ditampung dengan membeli dan menyimpan emas. Emas sebagai alat atau aset pemegang nilai kekayaan yang tidak akan mengalami penyusutan nilai berbanding dengan kebanyakan komoditi yang lain yang tidak stabil malahan kita boleh lihat peningkatan harga emas setiap tahun.

Selepas kita membeli dan menyimpan emas, jangan kita abaikan tuntutan agama agar umatnya mengeluarkan zakat emas dan perak sekiranya kita ada menyimpan emas dan layak kena zakat adalah 85 gram/20 dinar dan cukup haul dan kadarnya adalah sebanyak 2.125 g /setengah dinar sahaja. Apa kebaikan mengeluarkan zakat? Ia akan menyuburkan lagi harta yang kita miliki…sebagaimana tanaman memerlukan baja, maka baja itu adalah zakat yang kita keluarkan dengan ikhlas dan rendah diri demi kerana Allah swt.
Keteguhan dan keutuhan nilai emas
Bagaimana duit emas ( dinar emas ) dapat mempertahankan simpanan kita ?
Katakan kita menyimpan RM10,000 tunai dalam akaun bermula awal 2002. Selepas tiga tahun kuasa membeli anda pada akhir tahun akan berkurangan -RM681.36 atau – 6.8% selepas mengambil kira inflasi yang berlaku.
Tetapi jika kita menggunakan RM3,000 untuk membeli emas dan bakinya dalam akaun tunai, kuasa membeli kita meningkat sebanyak RM1,224.89 atau +12.2 %.
Kesimpulan
Simpanlah emas untuk pelaburan jangka panjang yang semestinya akan memberikan pulangan yang terbaik kepada pemiliknya, tiada penyesalan menyimpan emas tetapi seribu penyesalan bercampur perasaan terkilan kerana tidak menyimpan emas.

Graf dibawah menunjukkan carta harga emas dari tahun ke tahun (10 tahun) yang menunjukkan peningkatan harga komoditi tersebut, tanpa ragu-ragu emas adalah komoditi yang kalis inflasi (yang tiada susut nilai).

Fakta kenaikan harga emas : Purata 11% ;
Bagi Tahun 2002 2003 2004 2005 2006 2007 2008
% naik 9.50% 17.7% 10.2% 20.0% 3.40% 26.7% 12.9%

Berikut adalah fakta harga tambang haji dan umrah di Malaysia yang sentiasa mengalami kenaikan harga disebabkan kenaikan kos bahan api seperti gasoline. Tanpa fakta pun semua orang tahu bahawa kos mengerjakan haji sudah mengalami kenaikan harga yang kini hampir mencecah RM10K berbanding tahun sebelumnya dalam RM8K++.
Kesemua kos-kos ini boleh ditampung dengan membeli dan menyimpan emas. Emas sebagai alat atau aset pemegang nilai kekayaan yang tidak akan mengalami penyusutan nilai berbanding dengan kebanyakan komoditi yang lain yang tidak stabil malahan kita boleh lihat peningkatan harga emas setiap tahun.
Selepas kita membeli dan menyimpan emas, jangan kita abaikan tuntutan agama agar umatnya mengeluarkan zakat emas dan perak sekiranya kita ada menyimpan emas dan layak kena zakat adalah 85 gram/20 dinar dan cukup haul dan kadarnya adalah sebanyak 2.125 g /setengah dinar sahaja. Apa kebaikan mengeluarkan zakat? Ia akan menyuburkan lagi harta yang kita miliki…sebagaimana tanaman memerlukan baja, maka baja itu adalah zakat yang kita keluarkan dengan ikhlas dan rendah diri demi kerana Allah swt.Keteguhan dan keutuhan nilai emas
Bagaimana duit emas ( dinar emas ) dapat mempertahankan simpanan kita ?
Katakan kita menyimpan RM10,000 tunai dalam akaun bermula awal 2002. Selepas tiga tahun kuasa membeli anda pada akhir tahun akan berkurangan -RM681.36 atau – 6.8% selepas mengambil kira inflasi yang berlaku.
Tetapi jika kita menggunakan RM3,000 untuk membeli emas dan bakinya dalam akaun tunai, kuasa membeli kita meningkat sebanyak RM1,224.89 atau +12.2 %.
KesimpulanSimpanlah emas untuk pelaburan jangka panjang yang semestinya akan memberikan pulangan yang terbaik kepada pemiliknya, tiada penyesalan menyimpan emas tetapi seribu penyesalan bercampur perasaan terkilan kerana tidak menyimpan emas.
Sejarah Harga Emas Setahun Lebih yang lalu
Harga yang dipaparkan disini bagi membolehkan pengunjung membuat perbandingan harga semasa dengan harga pada hari-hari yang lepas.
Harga pada 09/10/09 12:00 AM
Harga di atas, berdasarkan kadar tukaran RM dengan USD pada : 8-Oct-09 jam 8:33:17AM iaitu;
(Harga pada 07/10/09 6:10 PM)
Harga pada 06/07/09 6:40 PM
Harga pada 26/06/09 5:35 PM)
Harga pada 25/06/09 4:35 PM)
Harga pada 23/06/09 4:35 PM)
Harga pada 22/06/09 9:10 PM
Harga pada 20/06/09 1:40 PM
Harga pada 19/06/09 4:10 PM
Harga pada 19/06/09 , 10:25 AM
Harga pada 18/06/09 11:25 AM
Harga pada 17/06/09 8:25 PM
Harga pada 09/10/09 12:00 AM
| We Sell | We Buy | |
| 20 gram | RM 2519.00 | RM 2368.00 |
| 50 gram | RM 6269.00 | RM 5924.00 |
| 100 gram | RM 12479.00 | RM 11855.00 |
| 1 kilogram | RM 124786.00 | RM 118547.00 |
| Selling | Buying | |
| 1 US Dollar | RM 3.4850 | RM 3.3840 |
(Harga pada 07/10/09 6:10 PM)
| We Sell | We Buy | |
| 20 gram | RM 2527.00 | RM 2375.00 |
| 50 gram | RM 6289.00 | RM 5943.00 |
| 100 gram | RM 12518.00 | RM 11892.00 |
| 1 kilogram | RM 125182.00 | RM 118923.00 |
| Selling Price | Buying Price | |
| 20 gram | RM 2,244.00 | RM 2,109.00 |
| 50 gram | RM 5,583.00 | RM 5,276.00 |
| 100 gram | RM 11,114.00 | RM 10,558.00 |
| 1 kilogram | RM 111,142.00 | RM 105,585.00 |
| Selling Price | Buying Price | |
| 20 gram | RM 2,285.00 | RM 2,148.00 |
| 50 gram | RM 5,686.00 | RM 5,373.00 |
| 100 gram | RM 11,319.00 | RM 10,753.00 |
| 1 kilogram | RM 113,192.00 | RM 107,532.00 |
Harga pada 25/06/09 4:35 PM)
| Selling Price | Buying Price | |
| 20 gram | RM 2,275.00 | RM 2,139.00 |
| 50 gram | RM 5,662.00 | RM 5,351.00 |
| 100 gram | RM 11,270.00 | RM 10,707.00 |
| 1 kilogram | RM 112,702.00 | RM 107,067.00 |
Harga pada 23/06/09 4:35 PM)
| Selling Price | Buying Price | |
| 20 gram | RM 2,230.00 | RM 2,096.00 |
| 50 gram | RM 5,549.00 | RM 5,244.00 |
| 100 gram | RM 11,046.00 | RM 10,494.00 |
| 1 kilogram | RM 110,465.00 | RM 104,942.00 |
Harga pada 22/06/09 9:10 PM
| Weight | Selling Price | Buying Price |
| 20 gram | RM 2,234.00 | RM 2,100.00 |
| 50 gram | RM 5,559.00 | RM 5,253.00 |
| 100 gram | RM 11,065.00 | RM 10,512.00 |
| 1 kilogram | RM110,652.00 | RM 105,119.00 |
| Selling Price | Buying Price | |
| 20 gram | RM 2,274.00 | RM 2,138.00 |
| 50 gram | RM 5,658.00 | RM 5,347.00 |
| 100 gram | RM 11,263.00 | RM 10,700.00 |
| 1 kilogram | RM 112,625.00 | RM 106,994.00 |
Harga pada 19/06/09 4:10 PM
| Selling Price | Buying Price | |
| 20 gram | RM 2,262.00 | RM 2,126.00 |
| 50 gram | RM 5,629.00 | RM 5,319.00 |
| 100 gram | RM 11,205.00 | RM 10,645.00 |
| 1 kilogram | RM 112,048.00 | RM 106,446.00 |
Harga pada 19/06/09 , 10:25 AM
| Selling Price | Buying Price | |
| 20 gram | RM 2,278.00 | RM 2,141.00 |
| 50 gram | RM 5,668.00 | RM 5,356.00 |
| 100 gram | RM 11,283.00 | RM 10,719.00 |
| 1 kilogram | RM 112,826.00 | RM 107,185.00 |
Harga pada 18/06/09 11:25 AM
| Selling Price | Buying Price | |
| 20 gram | RM 2,258.00 | RM 2,123.00 |
| 50 gram | RM 5,620.00 | RM 5,311.00 |
| 100 gram | RM 11,186.00 | RM 10,627.00 |
| 1 kilogram | RM 111,865.00 | RM 106,272.00 |
Harga pada 17/06/09 8:25 PM
| Selling Price | Buying Price | |
| 20 gram | RM 2,257.00 | RM 2,122.00 |
| 50 gram | RM 5,616.00 | RM 5,307.00 |
| 100 gram | RM 11,179.00 | RM 10,620.00 |
| 1 kilogram | RM 111,795.00 | RM 106,205.00 |
Tuesday, November 2, 2010
Apa kata Dato’ Salleh Majid berkenaan Pelaburan Emas
MINGGU ini saya bercerita sedikit tentang emas sebagai pelaburan. Sebenarnya emas sudah menjadi bahan pelaburan sejak harganya mula-mula diselaraskan pada tahun 1717 oleh Sir Isaac Newton.
Pada tahun 1971, emas tidak lagi terikat dengan Dolar Amerika dan diperdagangkan secara bebas. Pada 6 Oktober 2009 baru-baru ini, harga emas di pasaran emas dunia melonjak sebanyak AS$24.60 kepada AS$1,041.80 seauns sehari. Enam bulan dulu harga terendah emas ialah AS$868.70 dan setahun dulu harganya ialah AS$709.50 seauns. Dalam masa setahun harga emas naik sebanyak 46.8 peratus. Lima tahun dulu harga terendahnya ialah AS$412.10 iaitu kenaikan sebanyak 152.8 peratus. Secara purata seseorang yang melabur jangka panjang mendapat pulangan purata dalam masa lima tahun sebanyak 30.5 peratus. Rasanya pelaburan di pasaran saham sendiri tidak boleh memperolehi keuntungan sebanyak itu.
Tidak ramai yang sedar akan pulangan yang lumayan daripada pelaburan emas. Cara yang baik untuk melabur emas ialah dengan membeli syiling emas atau emas keping selain barang kemas. Untuk makluman, suatu auns bersamaan dengan 31.10 gram. Bagaimana pun harga jualan emas di institusi kewangan berbeza-beza kerana harga emas bukannya sesuatu yang terkawal. Banyak kos perkhidmatan seperti insurans diambil kira oleh institusi-institusi ini. Syiling dan emas keping ini boleh diperolehi di bank-bank seperti Maybank dan OUB. Ada juga yang menggunakan buku pas seperti Public Bank tetapi pelanggan tidak menyimpan dan melihat emas sebenarnya hanya jumlah dan harga semasa pembelian dimasukkan ke dalam buku pas. Kini ada pembelian dan penjualan boleh juga dilakukan dengan Koperasi Etika Emas yang mempunyai cawangan di seluruh negara.
Kenaikan harga emas tertakluk lazimnya atas tiga faktor utama. Pertama penyusutan nilai dolar Amerika. Apabila nilai dolar Amerika susut harga emas akan naik, apabila dolar Amerika stabil harga emas akan susut. Emas bertindak sebagai pelindung nilai menentang dolar Amerika. Pada masa ini dolar Amerika lemah dan menunjukkan tanda-tanda akan menjadi lebih lemah. Ada juga ura-ura negara Asia Barat dan China akan menggunakan mata wang lain selain dolar Amerika disebabkan kelemahan dolar Amerika ini. Walaupun peralihan kepada mata wang selain dolar Amerika (euro misalnya atau mata wang bentuk baru) bukan sesuatu yang boleh berlaku dengan segera, berita itu telah cukup untuk melonjakkan harga emas dunia.
Faktor kedua ialah harga emas akan naik selari dengan kadar inflasi. Apabila inflasi naik, harga emas akan naik selaras dengan inflasi. Dalam keadaan negara-negara di dunia termasuk kuasa-kuasa ekonomi besar menyuntik pakej rangsangan ekonomi dengan besar seperti AS$787 bilion pakej rangsangan Amerika Syarikat kesannya ialah peningkatan inflasi. Amerika hanya mengecap duitnya sesuka hati dan ini akan menyebabkan nilai duitnya akan turun.
Faktor ketiga ialah kenaikan harga petroleum akan menyebabkan harga emas naik selari dengan kenaikan kos penghasilan dan penghantaran barangan, jika harga petroleum jatuh. dijangka emas juga akan turun tetapi pada tahap minimum. Terdapat beberapa cara untuk melabur dalam bentuk emas dan diterangkan secara lengkap di dalam www.gold.org/value. Orang ramai boleh melabur secara langsung dengan membeli emas bulion (jongkong), syiling emas, dinar emas, atau secara tidak langsung melalui gold futures, options, waran atau sijil pelaburan. Salah satu cara paling popular dan cepat berkembang dalam sekuriti bursa di seluruh dunia yang dikenali dengan nama Gold ETF (Exchange Traded Fund). Antara bursa saham dunia yang menawarkan Gold ETF ialah di Australia, Amerika Syarikat, Perancis, Hong Kong, Jepun, Mexico, Afrika Selatan, Switzerland, Singapura, Turki dan United Kingdom. ETF ini dalam bentuk sekuriti dan disokong 100 peratus oleh emas secara fizikal. Pelaburan secara ini berkembang dengan pesat sehingga 38 peratus daripada pelaburan yang dikenal pasti terdiri daripada sekuriti bentuk ini. Di sini belum ada lagi Gold Emas ini diperdagangkan di bursa kita. Melihat pergolakan yang berlaku sekarang terutama sekali tergugatnya kedudukan Dolar Amerika ekoran krisis ekonomi yang berpunca di Amerika, daripada mereka dan merebak ke seluruh dunia. Orang ramai sudah tentu mencari sesuatu bentuk pelaburan yang lebih selamat daripada pergolakan harga.
DATO’ SALLEH MAJID ialah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia
‘Dolar seperti tisu tandas’– Dr. M
KUALA LUMPUR 1 Nov. – Penggunaan dinar emas perlu dipertimbangkan oleh semua kerajaan negara dunia kerana kestabilan nilainya berbanding penggunaan mata wang yang tidak menentu naik turunnya.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, langkah menggunakan dinar emas sebagai ganti mata wang utama seperti dolar Amerika Syarikat (AS) dalam pelbagai transaksi juga boleh menghentikan perang mata wang
Katanya, dolar AS kini sudah tidak bernilai seperti mana beberapa tahun dahulu dan penggunaan mata wang kertas juga tiada lagi sehebat sebelum krisis ekonomi pada tahun 1997/98 dan penggunaan dinar emas adalah jalan penyelesaian terbaik.
“Mata wang AS kini boleh dianggap sebagai tisu tandas kerana nilainya semakin menyusut dan tidak berharga berbanding emas yang diterima di semua negara dunia,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Dunia Pertama Mengenai Riba di sini hari ini.
Bagaimanapun, kata bekas Perdana Menteri itu, dinar emas tidak sesuai untuk digunakan dalam urus niaga runcit seperti mana hasrat Kerajaan Kelantan yang mahu menggunakan dinar emas dalam transaksi jual beli.
Mengulas lanjut kata beliau, penyusutan nilai dolar AS pada ketika ini menjadi satu masalah yang cukup besar kepada negara-negara yang menyimpan dan bergantung kepada nilai mata wang itu.
“Jika setiap negara menurunkan nilai mata wangnya, pasti akan ada perang mata wang dan sudah tentu, menyumbang kepada krisis,” katanya.
Beliau tetap berpegang bahawa emas mempunyai nilai kukuh dan merupakan nilai yang lebih baik berbanding mata wang.
“Mata wang tidak ada sokongan kecuali dicari oleh orang ramai. Sekiranya negara-negara mula menurunkan nilai mata wang mereka, akan berlaku kekecohan dalam perdagangan antarabangsa,” kata Dr. Mahathir.
Terdahulu dalam ucaptamanya, negara-negara Islam mesti membangunkan pengurusan sistem kewangan Islam yang berhemat. Ia mesti lebih baik berbanding sistem kewangan konvensional sedia ada, yang mampu menampung kejutan dan tidak dimanipulasi penyangak.
Dengan peserta industri mencari jalan untuk mencergaskan kewangan, sistem kewangan global sendiri amat memerlukan pengurusan yang sempurna, katanya.
“Saya jangka kewangan Islam akan berkembang, tetapi cabarannya ialah pengurusan berhemat dan sistem yang lebih baik. Jangan ikut sistem konvensional yang berurusan dalam segala bidang,” katanya.
Antara gesaan beliau kepada negara Islam ialah menggunakan dinar emas sebagai alternatif, bagi mengurangkan pergantungan terhadap dolar AS sebagai mata wang global untuk perdagangan.

Subscribe to:
Posts (Atom)