Group Emas Kota Bharu menjual dan membeli balik dinar dan dirham Kelantan , produk Public Gold dan Public Dinar dan terbaru produk SRI AYU. Jenis barangan dan harga adalah seperti yang dipaparkan di dalam Blog ini. Harga yang ditawarkan adalah berdasarkan harga semasa yang dipengaruhi oleh harga emas dan perak dunia. Sesiapa yang berminat untuk membeli , menjual atau menjadi dealer boleh berhubung melalui no. 0193258257 atau hubungi ahli Group Emas Kota Bharu yang lain untuk keterangan lanjut.
Tuesday, November 30, 2010
Dirham Kelantan di Ekspo Cheng Ho - Kota Bharu
Syukur ke hadrat Ilahhi kerana sepanjang 6 hari kami menyertai ekspo Cheng Ho yang bertempat di pekarangan Stadium Sultan Muhamad ke IV Kota Bharu , sambutan yang diberikan terhadap jualan Dirham Kelantan sangat menggalakkan baik daripada penduduk negeri Kelantan sendiri mahupun daripada pelancong-pelancong luar. Tempoh 21 November hingga 26 November memberi impak yang baik terhadap pembeli mahupun pengguna Dirham Kelantan di Kelantan. Cuma kami agak ralat sedikit kerana Dinar Kelantan tidak dapat dijual pada hari berkenaan kerana masalah teknikal yang menyebabkan dinar tidak dapat dibawa balik dari Dubai serentak dengan Dirham. Walau bagaimanapun ada hikmah di sebaliknya. Kalau dinar dan dirham dapat dijual pada hari yang sama , sudah tentu kami tidak termampu melayan pelanggan yang bertali arus dari pagi hingga malam.Justeru ,kelewatan dinar sampai ( hingga hari ini kami masih menanti )kami terima dengan positif.
Kepada pelanggan-pelanggan kami yang telah membuat tempahan sama ada untuk menjadi pengedar mahupun untuk simpanan sendiri , kami minta agar terus bersabar.Kelewatan ini di luar kawalan kami. Pinta kami agar anda semua terus memberi sokongan terhadap usaha kerajaan negeri Kelantan untuk menghidupkan kembali sunah nabi dalam sistem muamalat kita melalui penggunaan dinar dan dirham.Insyaalah.Bagi pelanggan-pelanggan yang berminat untuk menambah koleksi dirham dan ingin menempah serta menjadi pengedar dinar dan dirham Kelantan, anda boleh menghubungi saya melalui talian 019-3258257 atau menghubungi Group Emas Kota Bharu yang lain.
MIA: Ringgit dijangka cecah RM2.20 berbanding dolar
Ringgit dijangka mencecah RM2.20 berbanding dolar Amerika menjelang 2012, berikutan pengukuhan berterusan mata wang tempatan itu, kata Presiden Persatuan Pelabur Malaysia (MIA), Datuk Dr PHS Lim.
"Ringgit, serta mata wang Asia yang lain, semakin menarik dan laris disebabkan oleh masalah kewangan selanjutnya dalam kesatuan Eropah dan memomentum ekonomi AS yang semakin perlahan," katanya di Kuala Lumpur hari ini.
Lim berkata keluaran dalam negara kasar Asia dijangka mencecah 7.1 peratus berbanding purata global iaitu 4.8 peratus bagi 2011.
Beliau berkata Rizab Persekutuan AS sedang menyerap bil Perbendaharaan bernilai AS$600 bilion dan pada masa yang sama, mencetak lebih banyak wang kertas baru.
"Ini menyebabkan beberapa kerajaan menyarankan emas digunakan sebagai rizab, sekali gus menyebabkan harga emas melonjak ke paras tertinggi dalam sejarah pada AS$1,364 bagi seauns," katanya.
Lim berkata, kerajaan AS terus memberikan tekanan kepada China untuk memperkukuh renminbi agar barangan China kurang berdaya saing.
Bagaimanapun, kata Lim, mata wang bukan satu-satunya faktor dalam pengeluaran dan perkhidmatan.
"Upah AS terlalu tinggi dan merupakan 60 peratus daripada keseluruhan kos pengeluaran dan perkhidmatan," katanya sambil menambah bahawa perang perdagangan dan mata wang saling berkait.
"Kita telah melihat perang perdagangan AS-Jepun dalam tahun-tahun 80-an dan sejarah sentiasa berulang. Sesetengah negara mencadangkan agar mata wang Amerika digantikan sebagai mata wang dan rizab antarabangsa," katanya.
Malah, banyak bank pusat meletakkan rizab di bawah nilai mata wang lain dan emas, katanya.
Beliau berkata pengurus dana, pelabur antarabangsa terus membeli emas dan wang panas memburu aset Asian dan Brazil, Russia, India dan China, hingga mencetuskan kebimbangan tentang inflasi.
Lim berkata, EU menghadapi satu lagi pusingan krisis kewangan dan memerlukan 440 bilion (1 Euro=RM4.14) bagi langkah-langkah menyelamat anggota-anggotanya yang dibelenggu hutang.
EU dan tabung Kewangan Antarabangsa telah menubuhkan dana bernilai 750 bilion untuk membantu Greece pada Mei, katanya.
"Kini Sepanyol menghadapi kemungkinan berlakunya krisis kewangan. Beberapa negara anggota tidak begitu gembira untuk menyediakan dana tambahan bagi kestabilan kewangan Eropah.
"Keadaan ini mungkin mendorong mata wang dan harga emas di Asia meningkat lagi," katanya.
"Ringgit, serta mata wang Asia yang lain, semakin menarik dan laris disebabkan oleh masalah kewangan selanjutnya dalam kesatuan Eropah dan memomentum ekonomi AS yang semakin perlahan," katanya di Kuala Lumpur hari ini.
Lim berkata keluaran dalam negara kasar Asia dijangka mencecah 7.1 peratus berbanding purata global iaitu 4.8 peratus bagi 2011.Beliau berkata Rizab Persekutuan AS sedang menyerap bil Perbendaharaan bernilai AS$600 bilion dan pada masa yang sama, mencetak lebih banyak wang kertas baru.
"Ini menyebabkan beberapa kerajaan menyarankan emas digunakan sebagai rizab, sekali gus menyebabkan harga emas melonjak ke paras tertinggi dalam sejarah pada AS$1,364 bagi seauns," katanya.
Lim berkata, kerajaan AS terus memberikan tekanan kepada China untuk memperkukuh renminbi agar barangan China kurang berdaya saing.
Bagaimanapun, kata Lim, mata wang bukan satu-satunya faktor dalam pengeluaran dan perkhidmatan.
"Upah AS terlalu tinggi dan merupakan 60 peratus daripada keseluruhan kos pengeluaran dan perkhidmatan," katanya sambil menambah bahawa perang perdagangan dan mata wang saling berkait.
"Kita telah melihat perang perdagangan AS-Jepun dalam tahun-tahun 80-an dan sejarah sentiasa berulang. Sesetengah negara mencadangkan agar mata wang Amerika digantikan sebagai mata wang dan rizab antarabangsa," katanya.Malah, banyak bank pusat meletakkan rizab di bawah nilai mata wang lain dan emas, katanya.
Beliau berkata pengurus dana, pelabur antarabangsa terus membeli emas dan wang panas memburu aset Asian dan Brazil, Russia, India dan China, hingga mencetuskan kebimbangan tentang inflasi.
Lim berkata, EU menghadapi satu lagi pusingan krisis kewangan dan memerlukan 440 bilion (1 Euro=RM4.14) bagi langkah-langkah menyelamat anggota-anggotanya yang dibelenggu hutang.
EU dan tabung Kewangan Antarabangsa telah menubuhkan dana bernilai 750 bilion untuk membantu Greece pada Mei, katanya.
"Kini Sepanyol menghadapi kemungkinan berlakunya krisis kewangan. Beberapa negara anggota tidak begitu gembira untuk menyediakan dana tambahan bagi kestabilan kewangan Eropah.
"Keadaan ini mungkin mendorong mata wang dan harga emas di Asia meningkat lagi," katanya.
Sunday, November 21, 2010
Soal Jawab Lazim Untuk Dinar & Dirham Kelantan
Apakah itu Dinar Kelantan?
Dinar Kelantan adalah koin emas syariah yang dilancarkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Dinar Kelantan mula diperkenalkan pada September 2006 dengan dominasi ¼, ½ dan 1 dinar.Nilai semasa untuk dominasi-dominasi tersebut ialah RM99.38, RM176.76 dan RM332.25. Sempena menyambut ulang tahun hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan yang ke-57; dinar Kelantan berdenominasi 2 dinar telah diperkenalkan pada Julai 2007.
Pada 12Ogos 2010, Kerajaan Negeri Kelantan melancarkan koin-koin Dinar Kelantan dengancorak yang baru dalam dominasi ½ , 1, 2, 5 dan 8 dinar dengan harga semasa RM290.50, RM581, RM1162, RM2905 dan RM4648 masing-masing.
Apakah itu Dirham Kelantan?
Dirham Kelantan ialah koin perak syariah dilancarkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Ianya mula diperkenalkan pada 12 Ogos 2010 dalam dominasi 1, 2, 5, 10 dan 20 dengan harga semasa RM13, RM26, RM65, RM130 dan RM260 masing-masing.
Apakah Kegunaan Dinardan Dirham Kelantan?
Dinar dan Dirham Kelantan boleh digunakan untuk menyempurnakan ibadah zakat, bayaran mas kahwin, simpanan dan hadiah. Ianya juga boleh berfungsi sebagai medium pertukaran sukarela untuk barangan atau pun perkhidmatan.
Dimanakah bolehdiperolehi koin Dinar dan Dirham Kelantan?
Sila rujuk laman web ini http://www.dinarkel.comuntuk/ maklumat lanjut.
Dimanakah Dinar danDirham Kelantan boleh dibelanjakan?
Sila rujuk laman web ini http://www.dinarkel.comuntuk/ maklumat lanjut atau lihat pedagang yang mempamerkan logo "Kami Terima Dinar dan Dirham".
Apa kaitan Dinar danDirham Kelantan sebagai matawang Syariah?
Dinar dan Dirham Kelantan dikatakan matawang syariah kerana ianya halal menurut syarak. Dinar dan Dirham Kelantan menggunakan Piawaian Khalifah Umar Al-Khattab. Piawaian ini menetapkan hubungan dinar-dirham sebagai berat 7 koin 1 dinar bersamaan dengan berat 10 koin 1 dirham. Secara amnya berat 1 dinar ialah 4.25g emas berketulenan 22k (91.7%); manakala 1 koin dirham bersamaan 2.975g perak tulen.
Benarkah perkataan Dinar& Dirham ada di dalam Al Quran?
Perkataan dinar dan dirham disebut didalam Al-Quran pada:
Surah Imran (3):75 yang bermaksud "Dan di antara Ahli Kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, ia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepadamu, dan ada pula di antara mereka yang kalau engkau amanahkan menyimpan sedinar pun, ia tidak akan mengembalikannya kepadamu kecuali kalau engkau selalu menuntutnya. Yang demikian itu ialah kerana mereka mengatakan: "Tidak ada jalannya kami menanggung dosa mengenai orang-orang yang Ummi", dan mereka pula selalu berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta).";
Surah Yusuf (12):20 yang berbunyi "Dan (setelah berlaku perundingan) mereka menjualnya dengan harga yang murah, iaitu beberapa dirham sahaja bilangannya dan merekaadalah orang-orang yang tidak menghargainya."
Bolehkah Kalimah Syahadah digunakan pada Dinar danDirham?
Boleh. Kalimah syahadah telah mula digunakan semenjak dinar mula-mula ditempa oleh Khalifah Abdul Malik ibnu Marwan pada 120H. Dengan menempa kalimah tersebut melambangkan syiar Islam dan deklarasi iman dalam setiap keping dinar dan dirham. Lihat http://www.facebook.com/album.php?aid=2060644&id=1603841846
Berikan contoh penggunaan dinar dan dirham di zaman Rasul s.a.w?
Contoh penggunaan dinar oleh Rasul s.a.w.
Hadits daripada Urwah bin Abi Al-Ja'd Al-Bariqi, beliau berkata: "Sesungguhnya Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam memberinya satu dinar untuk membeli seekor kambing, lalu ia membeli untuk Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam dua kambing dengan wang tersebut. Maka ia jual seekor dengan harga satu dinar dan membawa satu ekor kambing dan satu dinar kepada Nabi Shallallahu'alaihi wa sallam. Lalu Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam mendoakannya: "Dia (Urwah ini), seandainya membeli debu tentu akan untung juga" (HR. Abu Dawud (2810) dan At-Tirmidzi (1/287))
Contoh penggunaan dirham oleh Rasul s.a.w.
Abu Salamah menceritakan, "Aku pernah bertanya kepada Aisyah RA, "Berapakah mahar Nabi SAW untuk para isterinya?" Aisyah menjawab, "Mahar beliau untuk para istrinya adalah sebanyak 12 uqiyah dan satu nasy." Lalu Aisyah bertanya, "Tahukah kamu, berapa satu uqiyah itu?" Aku menjawab, "Tidak." Aisyah menjawab, "Empat puluh dirham." Aisyah bertanya, "Tahukah kamu, berapa satu nasy itu? "Aku menjawab, "Tidak." Aisyah menjawab, "Dua puluh dirham." (HR. Muslim).
Berikan contoh kaitan dinar dan dirham dengan Hukum Syarak?
Contoh dari segi zakat ialah nisab atau ukuran zakat ialah ½dinar bagi setiap 20 dinar dan 5 dirham bagi setiap 200 dirham; yang cukup haulnya. Manakala hudud dijalankan dalam kes kecurian yang nilainya melebihi ¼ dinar.
Apakah kaitan Pemerintah dengan Dinar dan Dirham?
Dinar dan dirham berkait rapat dengan kerajaan. Ini diperhatikan dalam Surah An-Nisa: 59: "Wahai orang yang beriman! Patuhlah kepada Allah dan patuhlah kepada Pesuruh Allah dan mereka yang memerintah kamu." (An-Nisa (3):59)
Menurut Al-Qurtubi dalam Tafsir Al-Quran beliau, ayat tersebut merupakan perintah supaya umat Islam taat kepada pemerintah dalam tujuh perkara. Perkara pertama ialah penempaan dinar dan dirham; dan enam yang lainnya ialah penetapan berat dan ukuran, keputusan mahkamah, haji, Jumu'ah, dua Hari Raya dan Jihad. Dalam kata lain, urusan dinar ialah urusan agama Islam dan kedaulatan daulah Islam. Penggunaan dinar melambangkan kepatuhan kepada perintah Allah; bukan semata-mata urusan ekonomi.
Apakah Dinar Dan Dirham Kelantan sahaja yang boleh dijadikan matawang?
Tidak semestinya. Di sepanjang sejarah manusia terdapat pelbagai komoditi yang digunakan sebagai wang. Komoditi di atas termasuklah binatang ternak, bijirin, manik-manik, cengkerang, rokok, tembaga dan timah. Emas dan perak telah terpilih sejak berzaman sebagai matawang kerana mempunyaiciri-ciri sebagai wang. Ianya sukar diperoleh, cantik, mudah dibahagi, mudah dibawa, diterima khalayak ramai dan tidak mudah dimusnahkan. Imam Malik di dalam Kitab Al-Muwatta menjelaskan bahawa wang ialah apa-apa komoditi yang lazimnya diterima pakai sebagai bahan pertukaran.
Adakah Koin Kijang Emas sama dengan Dinar Kelantan?
Tidak sama. Spesifikasinya berbeza daripada Dinar Kelantan.Kijang Emas ialah koin emas seberat ¼, ½ dan 1 troy ounce yang dilancarkan Bank Negara Malaysia sekitar Julai 2001. 1 troy ounce adalah bersamaan 31.1 g;1 Dinar Kelantan pula 4.25g.
Benarkah wang kertas seperti dolar Amerika, Yen Jepun dan ringgit Malaysia 100% disandarkan dan boleh disaling-tukar dengan emas?
Tidak benar. Berdasarkan sistem kewangan dunia kini, tiada satu pun mata wang nasional yang bersandarkan emas. Wang kertas hanya boleh ditukar dengan wang kertas yang lain. Sebagai contoh; jika seseorang ke bank pusat seperti Bank Negara Malaysia untuk menukarkan sekeping wang $100, beliau akan diberikan SAMA ADA 2 keping wang $50 ATAU 10 keping wang $10; ATAU 100 keping wang $1 tetapi tidak sama sekali ditukarkan dengan emas.
Adakah Dinar Kelantan sejenis Wang Fiat?
Dinar Kelantan bukan wang fiat, ianya alat tukar sukarela . Wang fiat adalah wang yang nilainya dikuatkuasakan oleh undang-undang negara. Wang fiat menjadi wang sah melalui perintah atau paksaan kerajaan. Wang fiat diperakukan sebagai medium melangsaikan hutang melalui undang-undang. Jika pemiutang tidak mahu menerima wang fiat sebagai bayaran melangsaikan hutang, beliau boleh dibawa ke mahkamah! Wang fiat merupakan nota janji kerajaan. Wang fiat sesuatu negara tidak menjadi wang sah di luar sempadannya kerana undang-undang sesebuah negara hanya berlaku di dalam sempadan nagara itu sahaja.Dinar Kelantan boleh diterima di mana saja, asal saja ada kesudian pembeli dan penjual.
Dinar Kelantan ialah koin emas, bukankah Ringgit disandarkan kepada emas?
Sandaran kepada "wang kertas BNM" atau lebih dikenali sebagai Ringgit adalah wang kertas yang lain; seperti Dollar Amerika, Yen Jepun, Euro dan seumpamanya. Emas cuma merupakan sebahagian kecil daripada rizab BNM, sekitar 1.5% (Cuma RM1.452 bilion daripada RM94.772 bilion; setakat 30 Jun 2010). Rujuk http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=293
Mengapa perlu umat Islam beralih daripada wang kertas atau wang fiat kepada koin dinar seperti Dinar dan dirham Kelantan?
Mengapa tidak? Penggunaan dinar serta dirham adalah antara sunnah Rasul s.a.w. Selain daripada berpeluang mengikuti jejak langkah baginda,umat Islam dapat disatukan melalui penggunaan dinar yang tidak mengenal sempadan. Corak tempaan dinar mungkin berbeza-beza tetapi berat dan ketulenannya adalah serupa di serata pelusuk daulah Islamiah. Satu Dinar, Satu Ummah.
Soal jawab di atas saya petik daripada FB Muhamad Mazli Alias. Ramadhan 1431.

“Do or do not... there is no try.” - Master Yoda.
Saturday, November 20, 2010
Nak Kongsi Pengalaman En. Mazli dan Isteri Menggunakan Dinar & Dirham Kelantan
Khamis lalu, 2 Ramadan 1431 Hijrah merupakan hari bersejarah bagi rakyat Semenanjung Tanah Melayu. Dinar dan dirham telah pulang ke pasar; sirih telah pulang ke gagang. Pelancaran matawang syariah oleh Kerajaan Negeri Kelantan dan kesudian sekitar 1,000 peniaga Kota Bharu menerimanya adalah peristiwa yang luar biasa. Luar dari kebiasaan. Dari keadaan "Paksa!, Terima" wang kertas kepada keadaan "Suka?, Terima" keping-keping koin dinar dan dirham.
Alhamdulillah wa syukrulillah! Saya dan isteri berpeluang menyaksikan Majlis Pelancaran tersebut yang disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Kelantan di Kelantan Trade Center. Kami juga melihat pembayaran zakat dalam koin dinar dan urusan jual beli dalam koin dirham di pentas yang bersejarah itu. Sejurus selesai majlis, kami berbaris mendapatkan beberapa keping dinar dan dirham. Harga jualan semasa ialah RM581 bagi sekeping 1 dinar dan RM13 bagi sekeping 1 dirham. Tapi apalah makna kepingan dinar dan dirham jika tidak digunakan? Apa lagi; kami terus mendapatkan teksi dan bergegas ke Pasar Siti Khadijah, jantung Kota Bharu.
Masuk saja di Pasar, terpampang jelas PapanTanda Harga Jualan Dinar dan Dirham Harian. Ini memudahkan peniaga mendapat maklumat berjual beli. Kami mendaki ke Tingkat 2 untuk membeli-belah. Banyak sungguh peniaga yang mempamerkan logo "Kami Terima Dinar Dan Dirham". Bila bertemu barang yang berkenan, urusan tawar menawar pun berjalan. Kami membeli dua helai kemeja batik, sebidang kain ela dan beberapa helai tudung Natasha dengan harga sekitar RM350. Kami membayar sekeping 1 dinar dan peniaga kain yang ramah tersebut memberikan kami barang-barang bersama bakinya sekitar RM250. Nah, inilah urusniaga dinar pertama di Pasar Siti Khadijah.
Teringin pula kami berbelanja dengan dirham pula. Kami turun ke Tingkat 1 dan terjumpa banyak kedai menjual serunding. KakZah, peniaga serunding dengan girang sudi menerima dirham. Kami membeli sedikit serunding ikan, serunding ayam dan beberapa bungkus keropok sira pedas sebagai buah tangan bila pulang ke Kuala Lumpur malam nanti. Harga kesemuanya ialah RM40; kami membayar 3 koin1 dirham dan tambahan RM1. Nah, ini pula urusniaga dirham kami yang pertama. Sungguh mudah dan mengujakan.
Urusniaga dinar dan dirham amat praktikal. Cubalah. Jangan senang terpedaya kepada cakap-cakap orang yang belum mencuba.Kami telah mencubanya. Ianya mudah dan seronok. Cubalah, bukankah menggunakan dinar dan dirham itu sebahagian daripada Sunnah?
Muhamad Mazli Alias. Ramadan 1431.

Friday, November 19, 2010
Fakta Mengenai Dinar Emas ( PG )
Dinar Emas
Dinar adalah syiling emas. Ia diperbuat daripada emas 22 karat (916) serta mempunyai berat 4.25 gram. Spesifikasi ini telah ditetapkan oleh Khalifah Umar Al-Khattab.Dirham pula ialah syiling perak berketulenan 999 dan mempunyai berat sebanyak 2.975 gram.
Khalifah Umar Al-Khattab juga telah menetapkan piawaian berat dan ukuran perbezaan di antara dinar dan dirham seperti berikut.
‘7 dinar mesti bersamaan 10 dirham (dari segi beratnya)’
Dinar adalah matawang Sunah dan dibawah ini adalah kebaikan-kebaikannya:
- Daripada awal tamadun Islam sehingga hari ini, nilai emas dan perak sangat stabil serta sangat menarik perhatian. Seekor ayam berharga 1 dirham ketika zaman Nabi Muhammad SAW, zaman perkembangan Islam negeri Arab serta zaman ketamadunan khalifah Islam; hari ini seekor ayam masih berharga 1 dirham dikebanyakan tempat diseluruh dunia apabila dibandingkan dengan nilai harga ayam runcit semasa.
- Sekaligus, ini menunjukkan inflasi sifar dalam jangka masa 1400 tahun.
- Ia membuktikan bahawa di dalam jangka masa panjang emas dan perak merupakan penyimpan nilai yang unggul. Kuasa beli emas dan perak masih dikekalkan. Inilah kelebihan emas dan perak. Selain itu, emas dan perak tidak boleh dicetak sesuka hati oleh kerajaan menyebabkan nilainya tidak mungkin jatuh seperti wang kertas.
- Oleh yang demikian, menyimpan kekayaan di dalam bentuk emas adalah kaedah terbaik dan terunggul.
- Nilai emas dan perak tidak perlu disandarkan kepada mana-mana kerajaan. Ianya bukanlah liabiliti mana-mana pihak.
- Semua bentuk aset kertas, contohnya bon, saham termasuk deposit bank adalah merupakan 'janji untuk membayar hutang'. Nilainya tertakluk kepada andaian pelabur bahawa janji pembayaran akan dilakukan. Sejarah menunjukkan bahawa aset-aset kertas ini boleh gagal sepertimana yang berlaku kepada bon dan wang kertas peso Mexico.
- Emas pula tidak tertakluk kepada mana-mana sistem kewangan dunia. Apa pun yang berlaku, emas tetap mengekalkan nilainya. Ini dapat dilihat daripada pengalaman manusia selama 5000 tahun di samping logam ini.
- Tujuannya bagi mengurangkan penipuan dan manipulasi mata wang. Mata wang sedia ada seperti dolar Amerika, bath Thailand mahupun ringgit mudah dimanipulasi dan mudah disalahgunakan.
- Dinar emas pernah digunakan sebagai piawai bagi mata wang dunia ribuan tahun lamanya.
- Wang kertas dolar pada mulanya disandarkan kepada nilai emas. Tetapi kemudian sandaran emas ini tidak lagi digunakan.
- Akibatnya wang kertas dan syiling asyik turun dan naik dan sukar untuk memantapkannya.
- Semasa Perang Vietnam 1969-1975, Amerika Syarikat dikatakan mencetak wang kertas dolar untuk menampung kos peperangan. Wang kertas dolar ini dilarang masuk ke Amerika Syarikat semula.
Perbandingan Antara Emas PG dengan Emas Sykt. Lain
Kali ini saya nak bawakan kepada kawan-kawan semua berhubung dengan perbandingan antara emas-emas pelaburan di Malaysia yang telah dibuat oleh saudara ZAKARIA ISMAIL aka POKYA (putremas.com). Sebelum daripada ini kami pernah keluarkan artikel berhubung dengan perkara tersebut tetapi tidak sedetail yang dikeluarkan oleh POKYA kita ni. Tapi kawan-kawan kena ingat, ni maklumat ini bukan nak kondem sapa-sapa tapi hanya perbandingan dan bacaan umum sahaja bagi sesiapa yang mula nak berjinak-jinak dengan emas. So saya petik balik tulisan POKYA sebagaimana berikut:
----------------------------------------------------------------------------->
Perbandingan Emas Pelaburan di Malaysia
Terdapat beberapa pembaca yang mahu saya catatkan sedikit analisis berkenaan untung / rugi membeli emas di kedai emas atau di tempat-tempat lain. Berikut ialah sedikit rumusan yang dapat dibuat.
Kijang Emas
- Boleh dibeli di cawangan Maybank tertentu
- Spread 1oz (6%), 1/2oz (8%), 1/4oz (10%)
- Tidak boleh lock harga
- Tidak boleh booking
- Perlu dapatkan sendiri di Maybank
- Stok sering habis
- Tidak beli semula jika tercalar
OUB
- Boleh dibeli di OUB Utama sahaja
- Spread berdasarkan 1oz : AUS Nugget (2%), Gold Maple Leaf (2%), Kinebar (2%), Pamp Gold (3.5%), Singapore Lion (2%)
- Perlu dapatkan sendiri di OUB
- Stok selalu habis
- Mesti bawa resit asal masa jual balik
- Tidak boleh buka sarung
Pamp Suisse
- Boleh dibeli di kedai emas tertentu
- Spread antara 10%-30% mengikut kedai
- Buka sarung tolak harga
Bunga Raya
- Hanya boleh dibeli dan dijual di Poh Kong sahaja
- Spread 15%-25%
- Buka sarung tolak harga
Barang Kemas
- Boleh dibeli di mana-mana kedai emas
- Harga tinggi berbanding pasaran
- Spread 20%-40%
Dinar Emas Kelantan
- Boleh dibeli melalui wakalah berdaftar atau orang perseorangan ( contohnya melalui GROUP EMAS KOTA BHARU )
- Stok terhad
- Spread 5% ( tidak digalakkan jual balik )
- Boleh dibeli daripada mana-mana ejen ( Termasuk GROUP EMAS KOTA BHARU )
- Spread 5%-6% sahaja
- Dijamin beli balik walaupun buka sarung, kemek, calar dan sebagainya asalkan berat masih sama
- Boleh booking dan lock harga
- Dinilai oleh assayer emas bertauliah
- Disertakan dengan Certificate of Authenticity
- Timbangan berat emas adalah 100% dijamin tulen (boleh rujuk Bank Rakyat / Agro Bank)
Monday, November 15, 2010
Alhamdulillah ... Modal Dah Cukup
Group Emas Kota Bharu serta rakan-rakan pengedar bersama dinar dan dirham Kelantan di bawah payung Sahabatemas berasa gembira kerana masing-masing mendapat mesej daripada Cikgu Ariff yang memaklumkan bahawa modal yang disyaratkan oleh KGT sebanyak RM 500,000 untuk menjadi pengedar telah pun mencukupi. Wang tersebut telahpun dibankin pada petang tadi ke dalam akaun KGT . Jadi , kami hanya menanti dinar dan dirham tersebut sampai daripada Dubai untuk diedar dan dijual kepada pelanggan -pelanggan yang sebahagiannya telah pun membuat tempahan. Sebelum itu , memandangkan kami tidak ada pengalaman dalam perniagaan , maka berbagai -bagai pandangan dilontarkan dalam perjumpaan tidak rasmi antara kami ( 5 orang ) yang bertempat di Restoran Lazat Mesra pada petang Sabtu 13 Nov. Dalam hal ini ucapan terima kasih dan syabas perlu dihulurkan kepada Cikgu Ariff yang sabar melayan dan mendengar idea-idea kami. Terima kasih juga untuk belanja makan pada petang tu walaupun business belum mula lagi. Tak apa. Untuk perjumpaan seterusnya biarlah GEKB pula yang 'open table' . Seterusnya wakil daripada Pasir Putih , diikuti wakil Ketereh . Boleh ke ?
Rasanya masing-masing tak sabar menanti bila pula dapat dinar dan dirham tersebut setelah berdebar menanti modal mencukupi.. Apa-apa hal pun semangat untuk berniaga perlu terus berkobar-kobar.Jangan mudah mengaku kalah atau berhenti separuh jalan. Kita satu pasukan perlu saling membantu.Rasanya seronok mengenali dan menjadi sebahagian daripada team anda.Wassalam

Subscribe to:
Posts (Atom)