Group Emas Kota Bharu menjual dan membeli balik dinar dan dirham Kelantan , produk Public Gold dan Public Dinar dan terbaru produk SRI AYU. Jenis barangan dan harga adalah seperti yang dipaparkan di dalam Blog ini. Harga yang ditawarkan adalah berdasarkan harga semasa yang dipengaruhi oleh harga emas dan perak dunia. Sesiapa yang berminat untuk membeli , menjual atau menjadi dealer boleh berhubung melalui no. 0193258257 atau hubungi ahli Group Emas Kota Bharu yang lain untuk keterangan lanjut.

Wednesday, December 1, 2010
Stock Dinar Kelantan Telah Sampai Pada 2 Dis. 2010
Sekali lagi syukur ke hadrat Illahi kerana hajat untuk menjadi pengedar dan penjual Dinar telah tercapai setelah Dinar Kelantan berada dalam genggaman pada hari ini. Sebelum ini kami, Group Emas Kota Bharu hanya menjual Dirham bermula pada 23 November 2010 setelah beberapa minggu menunggu ketibaannya daripada Dubai. Memandangkan stock terhad, keutamaan diberikan kepada pelanggan-pelanggan yang membuat tempahan awal.Selebihnya terpaksa menunggu ketibaan stock berikutnya. Kami akan mula mengedarkannya pada hari ini dengan harga seperti yang terpapar di laman web World Islamic Mint , iaitu RM 668 untuk 1 Dinar.Diharapkan pelanggan-pelanggan yang tidak dapat dipenuhi tempahan mereka dapat bersabar kerana kami tidak menjangka tempahan yang dibuat begitu tinggi sedangkan stock yang sampai sangat terhad.Wassalam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment