Tuesday, December 7, 2010

Tawaran Untuk Menjadi Pengedar Dinar dan Dirham Kelantan ataupun Dealer Public Gold

Assalamualaikum ...
       Memandangkan sambutan yang sangat hebat terhadap Dinar dan Dirham Kelantan , maka kami sebagai wakalah  Kelantan Golden Trade yang mengedar Dinar dan Dirham Kelantan memerlukan pengedar tambahan di bawah kami untuk membantu mengedar dan memasarkan dinar dan dirham Kelantan sama ada di dalam negeri Kelantan mahupun di luar negeri Kelantan. Keupayaan kami untuk memenuhi tempahan pelanggan sangat terhad.Justeru kepada pengunjung-pengunjung blog ini yang berminat atau tercari-cari cara atau kaedah untuk  menjadi pengedar Dinar dan Dirham Kelantan ataupun untuk memiliki sendiri dalam jumlah yang agak besar maka tawaran terbuka untuk anda sekarang.  Hubungi saya 019-3258257 untuk keterangan lanjut.Anda tidak perlu khuatir soal pelanggan kerana anda sendiri tahu tentang permintaannya yang sentiasa ada. Hal ini berpunca daripada kesedaran masyarakat Islam sekarang tentang perlunya kita menghidupkan kembali sunnah nabi melalui penggunaan dinar dan dirham dalam sistem muamalat kita.Kepentingan memiliki atau menyimpan emas dan perak sebagai penyimpan nilai harta juga turut bertambah. Hal ini telahpun saya nyatakan dalam posting saya sebelum ini. 
      Bagi yang berminat untuk menjadi pengedar ,anda perlu bertindak segera kerana tempahan akan dibuat dalam masa yang terdekat. Insyaalah  apabila semua tempahan telah dikumpul maka , wang akan didepositkan keakaun KGT untuk membayar tempahan dinar dan dirham yang dicetak di Dubai. Bagi yang telah membuat tempahan sebagai pengedar , anda hanya perlu menunggu tempahan anda .
      Bagi pencinta dinar dan jongkong emas Pulic Gold , anda juga dipelawa menjadi dealer di bawah Group Emas Kota Bharu. Tawaran menjadi dealer dengan modal RM 20 K  hanya tinggal 22 hari.Rebut peluang itu segera kerana bermula pada 1 Januari tahun hadapan , anda perlu memiliki RM100 k untuk menjadi normal dealer. Saya bersedia membantu untuk merealisasikan hasrat anda menjadi dealer.
     Wassalam

No comments:

Post a Comment