EMAS

Untuk memberi gambaran yang jelas mengenai peningkatan harga emas dunia, silat lihat graf di bawah
Selama 20 tahun semenjak tahun 1980, purata harga emas hanya berlegar di sekitar USD350 per ounce. Akan tetapi semenjak tahun 2002 harga emas telah mula menunjukkan peningkatan yang ketara. Sehingga hari ini ianya telah mencapai paras USD1380 per ounce. Melihat kepada graf di atas kita dapat lihat bahawa peningkatan harga emas hampir membentuk peningkatan secara 'exponential'. Jadi adakah kita sudah terlambat untuk membeli dan menyimpan emas? Jawapannya adalah 'Belum lagi'. Kita hanya pada tahap kenaikan exponential sebanyak 15%. Ini bermaksud ianya baru bermula. Diramalkan harga emas akan mencecah sehingga USD5000 per ounce pada tahun-tahun yang akan mendatang. Mike Maloney pula meramalkan harga emas akan mencecah sehingga USD15,000 per ounce. Sungguh gila kan?
Jadi apa sebenarnya telah berlaku? Ini berlaku disebabkan masalah kewangan di Amerika Syarikat yang dihadapi oleh syarikat-syarikat gergasi dunia seperti Fannie Mae and Freddie Mac, Lehman Brothers, Merill Lynch, AIG, Citigroup dan lain-lain. Langkah-langkah menyelamatkan telah dijalankan. Sebagai contoh AIG sahaja , sebanyak USD90 billion telah digunakan untuk menyelamatkan syarikat ini oleh kerajaan Amerika Syarikat. Ini menyebabkan Federal Reserve perlu mencetak lebih banyak wang untuk menyelamatkan syarikat-syarikat ini. Semenjak tahun 1971, US dollar telah tidak disandarkan kepada emas lagi oleh Presiden Nixon. Begitu jugalah dengan 'currency' lain di seluruh dunia termasuk RM Malaysia hari ini. Wang kertas ini tidak ada apa-apa nilai kecuali di atas kepercayaan rakyat dan jaminan kerajaan sebagai ganti pembayaran kepada produk dan servis. Adakah anda terkejut? Jika anda memiliki wang RM100, 000 hari ini, anda sebenarnya tidak memiliki kekayaan sebenar. Jumlah RM100, 000 hanya pada nombor sahaja dan ianya boleh susut nilai dari segi kuasa membeli dan akhirnya lenyap apabila berlaku keruntuhan ekonomi. Ditambah pula dengan inflasi, nilai RM100, 000 hari ini tidak akan sama lagi nilai RM100,000 sepuluh tahun akan datang dari segi kuasa membeli. Kita dapati kuasa membeli semakin berkurangan saban tahun.Kenapa ini berlaku ya? Teruskanlah membaca.
Mencetak lebih banyak wang menyebabkan nilai 'currency' itu menurun. Bayangkan kita memiliki 1/4 gelas air oren yang berkualiti tinggi, apabila kita tambahkan air masak sehingga penuh, kita akan dapat lebih banyak air oren tapi kualitinya telah berkurang. Itu lah yang telah berlaku kepada US Dollar. Harga emas sangat berkait dengan nilai US Dollar. Secara amnya ,US Dollar turun, harga emas akan naik. Untuk gambaran lebih jelas sila lihat graf di bawah.

KEISTIMEWAAN EMAS
Antara keistimewaan emas ialah ia dianggap bernilai oleh seluruh umat manusia. Ia juga merupakan aset yang paling mudah ditukarkan kepada wang kertas. Tidak ada aset lain yang boleh menandingi kecairan emas. Ia bukan sahaja boleh dicairkan di Malaysia tetapi boleh dicairkan di seluruh dunia. Ketika perang Vietnam sekitar 1970-an, beribu-ribu orang pelarian daripada Vietnam Selatan telah lari meninggalkan kampung halaman mereka. Mereka terpaksa meninggalkan seluruh harga benda seperti rumah, tanah, kebun dan ternakan mereka. Harta yang mereka bawa semasa melarikan diri ialah emas bukannya mata wang Vietnam. Ini kerana mereka sedar bahawa hanya emas yang diiktiraf bernilai di mana sahaja. Ia boleh ditukarkan kepada wang kertas di negara persinggahan mereka. Dengan menyimpan emas, pelarian Vietnam ini boleh memulakan hidup baru mereka dengan mudah di negara persinggahan mereka. Bayangkan jika mereka membawa wang kertas Vietnam Selatan? Apa yang akan berlaku? Sudah pasti mereka tidak dapat menukarnya kerana wang kertas Vietnam Selatan tidak akan diterima di negara lain.
Keistimewaan emas yang lain adalah ia sukar diperoleh dan tidak boleh dicipta. Justeru itu ia sukar untuk dimanipulasikan. Kuantitinya tidak boleh ditambah dengan mudah. Ini menyebabkan emas sentiasa bernilai. Ini berbeza sekali dengan wang kertas. Ia boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah. Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilainya akan menurun. Kenaikan harga barang yang menggila akan berlaku. Ia dipanggil hyperinflasi. Jika nilai wang kertas jatuh dengan teruk, wang kertas tersebut akan terus ditolak oleh rakyat. Sejarah telah membuktikan sistem wang kertas akan gagal. Terdapat banyak bukti kegagalan wang kertas di dalam sejarah tamadun manusia. Manipulasi harga emas sekarang dilakukan oleh Central Bank di US. Ini dilakukan untuk mengekalkan nilai US dollar dan menekan harga emas supaya tidak terlalu tinggi. Akan tetapi mereka semakin hilang kawalan keatas harga emas. Tidak dapat dibayangkan apa akan terjadi apabila mereka telah hilang kawalan ke atas harga emas.
WANG KERTAS
